Assalamualaikum..hai hai hai!
Aini is back!
After two months kan..
Ok..let's start with the source of my stress. Work!
Malay language activated..because, english words take time to be arranged.
Aku mula kerja ini pada 16/12/2015. Masa tu aku struggling nak cari kerja, so bila dapat kerja ni, aku sangat bersyukur. Tapi, langit tak selalu terang.. dugaan datang bertimpa-timpa..tak lah..gurau je..
Masa aku dapat kerja ni, awal2 lagi aku diberitahu, aku akan ditransfer ke mana2 cawangan yang memerlukan khidmat aku. So, aku ok kan je la. Tak sangka pulak, hampir 2 tahun kerja ni, sudah 10x aku transfer.
KEPALA BATAS(PENANG)→BESUT→JERTEH→JELAWAT→MACHANG→KEPALA BATAS(PENANG)→JERTEH→PASIR PUTEH→MACHANG→KUALA BERANG→MARANG
Baru2 ini, aku hampir lagi ditransfer ke bukit payong. It hurts you know. Feeling not wanted. Feeling lacking in many ways. Puncanya? Hmm.
Supervisor(sv) aku dah kahwin, anak seorang umur 1tahun. Dia request dengan monitor(m) untuk ditransfer ke chabang tiga sebab dekat dengan rumah dia. Sebab? Sebagai seorang ibu, dan di zaman ini, kita disajikan dengan kisah2 anak2 kecil dirogol, diseksa bahkan dibunuh oleh bermacam jenis manusia. Jadinya terdetik dia hati sv untuk berada lebih dekat dengan anaknya. Senang untuk dipantau. Tambahan pula, dengan kenaikan harga minyak Malaysia sejak akhir2 ini turut memberi kesan kepada beliau kerana perjalanan dari rumahnya ke Marang memakan masa 1 jam pergi balik. Dah la bawak kereta auto. Lagi parok minyok. Dok gitu? Hmm.
Aku sebagai assistant supervisor sangat selesa bekerja dengan sv ni. Dia kelantanese, aku pon kelantanese. We kamching. We talk about lots of things. We sometimes cried together about many things. Especially when it involves family matters. Jadi permintaan beliau untuk pindah cawangan amat terkesan pada aku. Walaubagaimanapun, aku bukanlah seorang yang kejam. Aku redha kalau sv boleh pindah cawangan yang dia nak.
But! M is not an easy person. Permintaan sv ditolak. Dengan alasan, "kedai ni banyak sangat masalah, settle semua masalah ni, baru kak boleh transfer u ke sane". Fyi, there is no branch with no problem. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, m bagi peluang kepada sv untuk buat shift. Means, sv berpeluang untuk balik awal. Seawal 8pm. Yes, tak awal mana pun kalau di kira kan? Tetap keluar kedai tak nampak sinar mentari jugak. Tapi jauh lebih baik dari balik pukul 10pm setiap hari. So, sv bersetuju. But! At that time, m said, "kalau nak buat shift, nor(me) kena transfer ke bukit payong, boleh la assistant sana dok sini, dia pon dah nak kahwin, dia orang kelulut" which is in marang district.
I was shocked! Extremely shocked! Why me? Again? Kenapa mudah sangat assistant tu nak dok kat cawangan dekat dengan tempat tinggal, sedangkan dia baru mula kerja? Ini sangat tidak adil! Dia kahwin, dia dapat kelebihan? Habis tu aku ni tak ada keluarga ke yang nak kena jaga? Time tu aku baru start diet tak makan malam. Tapi sebab serabut, aku beli tiga biji roti canai. Walaupun roti dia tak sedap, tapi kuah dia sedap. Hancur diet hangat2 taik ayam aku.
A few days later, m datang kedai aku, dia bagi pilihan pada aku,
M: nor ok tak nak buat shift ni. Nanti offday nor akan jadi pendek la sebab dah balik awal. Kalau tak ok, nor kena transfer ke bukit payong. Kat sana tak ada shift. Senang nor nak balik kampung.
Me : eh, nor ok je shift, kalau nor nak balik kampung, nor ambik je anl full, tak payah nak susah2 pikir. Nor nak elak kena transfer.( tersasul ayat last tu)
M: dok bawah saya takkan lama dok 1 1 tempat (ni ayat takleh pakai, aku tengok orang lain lama je dok satu2 cawangan, kuat kelentong ni).
Me: takpelah, nor ok je shift.
Then, m buat jadual shift. Shift tu expected akan mula pada bulan 10 ni, means hari ni la. Tapi..something quite big happened yesterday. M, sv n i buat meeting. M list out semua benda tak betul yang sv n i buat. M punya ayat, "kalau macam ni punya masalah banyak, tak settle, macam mana nak mula shift?".. dia punya provokasi ayat berulang2 sampai sv n i tak tau nak jawab apa. Dia dok ulang tanya benda sama lebih 10x hang tau dak. Kami jawab, dia kata kami bagi alasan tak boleh pakai. Akibat dari provokasi m, sv mengeluarkan kata2 yang ditunggu2 m. "Tak payah buat shift lagi la m". M nampak lega.
At that time, m show a look that saying, "this is what i want, you cant do shift!". What i can see on sv face is, satu wajah yang tertahan amarahnya. I was in bind. Sv minta excuse nak ke tandas sebab nak kencing katanya. Masa tu aku nampak muka sv sangat merah. Aku dapat rasakan, itu cuma alasan.
You know what? The worst feeling i ever had in my entire life is now. I feel so useless. Aku pernah ke banyak cawangan, bulan pertama aku biasenya dapat markah prestasi B. Bulan seterusnya, aku akan dapat A. Tapi dengan dia bukan begitu. I feel that i have improved a lot since i start working in this line. But, i keep having C. She's the worst!
N now, kami tak boleh nak buat shift lagi lah. Semua benda dah buat salah kan. Aku tak faham macam mana orang yang suka menyusahkan orang boleh hidup aman? Boleh tak hidup ni, cuba untuk mudahkan orang? Please la. Sakit hati aku diperlakukan seperti ini. Tolong la. Dah tua kan masing2?
Sakit nya hati ini..tapi terpaksa tunjuk muka bahagia bila depan m..
Psst: 2 hari lepas abang hensem curi2 tengok i.. abang hensem yang selalu pergi masjid..hehehe
No comments:
Post a Comment