Sunday, December 31, 2017

My 8th bartholin abscess

Assalamualaikum..

Its 31/12/2017-11.22pm..minutes away from new year 2018!!!!

The story is, yes again, its my abscess.

5/12/17-aku berak pagi tu macam biasa. Ya, aku memang wajib berak tiap2 pagi..kalau kat kampung, aku berebut nak guna tandas dengan abah, sebab kami dua2 jenis berak pagi. Lepas berak, aku rasa sakit2 sekitar dubur. Aku fikir, mungkin salah makan pedas kot. Bila fikir balik, macam tak de makan pedas over pon. Biase je. So i went to work as usual. Tengahari sikit, aku period. Dang!!!

6/12/17-sakit sekitar dubur tak hilang, malah makin terasa. Tapi bengkak belum jelas terasa. Yang pasti, aku mula tak boleh duduk rapat di lantai, mula payah nak tidor.

7/12/17-malam tu tengah kerja aku mula sakit2 kepala, pening, kejap rasa bahang, kejap rasa sejuk sampai tulang hitam.

8/12/2017-bengkak kian terbentuk. Boleh dikatakan setiap jam aku tersedar dari tidor. Aku tetap teruskan kerja sebab sv tengah cuti. Lagipun, esoknya (9/12/17) aku dah balik kerja halfday. Means balik pukul 3pm. Boleh rehat & tak perlu banyak bergerak. Tahan sajalah.

9/12/17-aku balik kerja halfday. Bengkak bisul tu dah besar. So, aku settlekan mana patut, means basuh baju, iron tudung kerja dan sebagainya & hanya baring di tilam dengan pergerakan yang minimum. Aku bergerak bila nak ke tandas sahaja. Tu pon untuk kencing. Tak berak dah, sebab tak larat nak makan. Bagus jugak.

10/12/17-aku pergi klinik naik motor. Kau bayangkan bila bisul kau kat tepi vagina, berdiri@tidor pon sakit, apatah lagi nak duduk. Tapi aku fikir tak nak dah susahkan sv, aku bedal je. Duduk senget atas motor, bawak pelan2. Sampai kat klinik kesihatan marang, aku berjumpa lagi dengan doktor yang sama masa aku kena bisul bulan 7 lepas. Dia suruh aku buat blood test. Hasil dari blood test tu, aku didapati ada jangkitan kuman dalam darah. Doktor kata white blood cell aku tinggi, 25 apa tah..yang sepatutnya, kalau orang sihat, dalam 8-10 macam tu(tu aku tanya nurse). Dia suggest aku ke hospital, kena tahan dalam wad. So, cut the story short, aku pon naik ambulans sensorang n dihantar ke hospital sultanah nor zahirah. Jumpa doktor kat sana, lama di tekan2 bisul aku, nak jerit je rasa. Last2 dia kata, bisul tak masak lagi, tak perlu masuk wad dah. Lagi seminggu kalau belum ok, awak datang sini balik. Macam tu lah. Dia bagi mc 2 hari. Aku pon keluar ambil ubat n jalan ke bus stop depan hospital. Kau bayangkan aku punya jalan punya slow nak mam dari kecemasan ke bus stop. Abang mesin rumput pon kena berhenti mesin rumput sebab nak bagi laluan kat aku. Last2 niat asal tak susahkan sv berkecai. Aku kena minta tolong dia jugak. Lebih sejam aku tunggu kat bus stop, sv datang ambil aku. N again, cut the story short. Aku balik rumah n berkurung dalan bilik. Makanan yang ada time tu, buah jambu batu 2 biji dan roti wholemeal 1 paket. Memang niat aku wat bekal time sakit tak boleh gerak.

11/12/2017-aku baring je kat katil, berpuluh kali aku ubah posisi badan, nak kurangkan rasa sakit. Sampai 1 tahap, aku rasa sakit dia sangat menyengat, sampai menagis2, aku masuk tandas nak kencing, baru nak keluar, aku rasa ada bau busuk, aku cium jari aku, bau nanah!!! Lega. Aku pon tekan2 bahagian bisul tu. Nanah keluar memancut. Bisul aku kali ni 2 biji nyah. Sambil aku tekan, tiba2 mata aku jadi gelap. Kepala rasa berpusing2, aku stop n basuh sikit n pergi baring kat ruang tamu. Lebih setengah jam aku terlentang kat tengah ruang tu, sebab rasa macam nak pitam pon ada. Aku sambung tekan nak keluarkan nanah kat tandas lagi. Then aku masuk bilik, n baring, aku tampal tisu kat tempat bisul sebab tak nak nanah mencurah kat lantai bilik. Bau dia masya Allah. Then tiba2 aku rasa nafsu makan aku mencanak naik. Malam tu aku pergi order meehun goreng kat kedai depan taman, siap mintak extra. Makan separuh, tak lalu dah. Sampai tuan kedai tanya, dia masak tak sedap ke. Aku jawap je, dah sedap, tapi saya yang tak de selera. Time tu aku keluar pakai pad. Pakai pad bukan sebab period, tapi sebab nanah, sebab period aku dah stop time tu. N tak nakbla nanah meleleh keluar kan.

12/12/17- aku kerja macam biasa. Still pakai pad sebab nanah belum keluar habes.

Done 8th times abscess. The worst ever. Worst sebab 2 biji bisul. 1 bisul sebesar bola pingpong, 2 bisul?? Well, bisul tu bukan bentuk bulat, dia irregular. Bentuk entah pape.

Ps: doktor kat hospital tu kata bisul aku belom masak, is totally wrong. I prefer to stay at ward because its easier for me to go to the toilet since my toilet at home is downstairs.

Whatever it is, i'm wondering, WHEN IS MY NEXT ABSCESS?? CANT WAIT DEALING WITH YOU AGAIN. F*** YOU ABSCESS

sorry, i just swear.

Till next time, see you when i see you.

Have a wonderful n blessed new year!
WELCOME 2018!!!

No comments:

Post a Comment