Assalamualaikum yeorobun!!!~~~~
Let me go straight to the story..(its going to be a quite long story.
Malay language activated..
Aku pernah cerita pasal kisah aku naik bisul bulan 2 lepas. Ni kisah bisul kali ke 7 aku. Pukul 2p.m tadi aku discharged dari wad o&g Hospital Sultanah Nor Zahirah (special thanks to all the doctors, nurses and others who help me during my stay for 3days and 2nights, you are all awesome people!)
10/07/2017- aku mula rasa sakit di sekitar dubur. Aku try think positive, "ni bukan tanda bisul nak tumbuh! Ni aku salah makan, so aku susah nak berak, n sebab tu dia sakit!".
11/07/2017-12/07/2017- sakit makin terasa. Orang kata, kalau bisul nak tumbuh, comor bawang putih. So aku try buat. Hasilnya. Kulit aku terbakor.
13/07/2017- bangun tidor aku rasa kepala aku sakit. Seluruh badan terasa lenguh. Aku gagahkan jugak ke kedai sebab partner aku masuk kerja pukul 5p.m. Kedai buka pukul 11a.m. Masa aku bawa motor, nak duduk tu pon serba tak kena. Senget kot tu, senget kot ni, semua tak kena. Semua sakit. Padahal bisul belum timbul pon lagi. So banyak letak beban badan seberat 78kg ke kaki (imagine). Aku tetap buat kerja macam biasa. Rasa tak larat aku duduk, kepala dah terhuyung-hayang. Pukul 9.30pm aku tekad nak mesej monitor nak cakap aku nak cuti hari jumaat tu. Mesej aku berbunyi begini lebih kurang la, "Assalam k.min, nor tak pasti nor boleh masuk kerja ke tak esok. Unpaid pon unpaid la k.min. Tapi kalau larat, nor masuk la". Monitor tak balas pon mesej aku. (Dalam peraturan syarikat, kalau nak cuti, mesti apply seminggu sebelum tarikh cuti, kalau x, kira unpaid leave). Balik kerja pukul 10p.m aku terus basuh uniform kerja & iron tudung kerja siap2 sebab takut nanti jadi macam bisul ke 6, iron tudung sambil baring mengiring. Seksa benau!. Malam tu aku mula tak boleh tidor nyenyak.
14/07/2017- 1 hari dihabiskan berkurung di bilik (tingkat 1), baring jer. Badan dari pinggang ke bawah aku limitkan movement. Tangan pegang asus zenfone 5 tengok drama korea. Puas layan drama korea, aku nyanyi lagu anuar zain, bruno mars, adele, sam smith. Tak lah tipu jer. Aku nyanyi lagu alan walker "faded". Malamnya aku dapat mesej k.min suruh dapatkan mc.
15/07/2017- hari sabtu. Aku sepatutnya kerja sampai pukul 3p.m saja. Aku nak try paksa diri untuk kerja 5jam. Tapi. Memang tak boleh. Sebaliknya, aku pergi klinik mazlan & nazrin which is in front of my workplace(klinik swasta paling dekat) untuk dapatkan mc. Terbakor rm50 lebih. Dapat la antibiotik n painkiller n mc 2 hari. Doktor tu baik orang nya. Siap lukis gambar vagina suruh tunjuk kat mana bisul tu terletak. Lepas brunch, aku makan sebijik painkiller. Kurang sikit sakit. Then aku baring lagi. Pukul 7p.m aku mandi, lepas curah air kat kepala, mata aku jadi berpinar2, kepala terasa sangat sakit+pening, aku cepat-cepat curah air(tak sabun pon) sebab takut pengsan kat dalam tandas. Aku jalan ke ruang tamu n rebah kat situ. Mata boleh buka, tapi badan tak boleh bergerak. Lepas setengah jam kat situ, baru aku masuk bilik. Start malam tu, aku baru perasan, bisul aku dah 1/6 penumbuk(aku agak jer). Aku tekad, esoknya aku nak buang bisul tu.
16/07/2017- pukul 10.15a.m supervisor(partner) aku datang dengan myvi kuning comelnya n hantar aku ke klinik mazlan & nazrin tu. Aku request nak pergi klinik tu, sebab, aku ingat, swasta kan, mesti cepat boleh settlekan bisul tu. Malangnya, doktor tu kata, dia tak boleh buat sebab bisul aku kat tempat bahaya, so dia nak refer aku ke hospital K.Terengganu. Tapi aku cakap aku tak ada kenderaan sebab supervisor(K.fy) dah masuk kerja. Aku cakap kat dia aku pergi je lah kat Klinik Kesihatan Marang which is 2 minutes walk from that his klinik. Dekat bukan? Tapi tu la. Ore klate kato, baso agah, duit tok banyok mano, koya nok gi klinik swasta jugok. Buke koya boh, kito xtehe sakit dohni. K, done with accent.
Di klinik marang, nurse check bp aku. Then aku masuk bilik doktor. Luckily doktor tu perempuan. Doktor tu kata nadi aku 130. Sangat tinggi, dia belom tengok bisul aku, dia dah suruh aku pergi ambil darah. So aku pergi ambil darah. Masa ambil darah ok lagi. Lepas je aku ambil darah tu, bangun je dari kerusi tu, kepala aku berpusing2 lagi. Terus aku cari kerusi yang ada kusyen. Landing kat situ pulak. Dalam hati, "kenapa semua ini terjadi padaku? Apa dosa ku(aku tau dosa aku, saja tanya diri sendiri), tak cukup lagi ka 6x yang sebelum2 ni?," ..maka air mata mula bercucuran. Patients lain tengok aku wat bodo jer. Staf situ pon rilek je tengok aku. Aku tak bersalah. Lepas tu aku ambil keputusan darah dengan air mata masih bersisa menuju ke bilik doktor tadi. Doktor tu dengan gaya seorang doktor la berkata, "awak ada jangkitan kuman dalam darah ni, tinggi, saya refer ke hospital lah ea? Ok x?". Aku pon iye kan je la. Dalam hati, "maka akan makin lama lah masa yang diambil untuk bisul ini dihapuskan". Sementara menunggu ambulans, seorang akak MA cucuk jarum kat tangan belah kanan n letak tube masuk sodium chloride 500ml. Then aku naik ambulans menuju ke HSNZ. Dalam ambulans ada sorang pesakit baring kat tengah. Nurse 2 orang tu kata, pesakit tu 50-50. Aku dah seram. Sikit jer. Dalam 5% seram. Selain itu, aku belajar bunyi2 siren ambulans bersama akak2 nurse yang peramah itu bagi mengisi masa lapang. Selain mengomel pasal rakyat Malaysia yang masih ramai wat bodo, tak nak bagi laluan walaupun ambulans depan mata.. bukan belakang, tapi depan. Nak kata bodo, kang..hish..kereta honda dah tu.jap, honda ke hyundai ek..hmm...kira berada la jugak.. tapi, humanity kurang sikit..
pukul 3p.m. aku settle masuk ward o&g tingkat 1EF. No.katil 3e. Maka time tu bisul aku dah sampai klimaks dia dah. Batuk sikit jer automatik mengerang kesakitan. Tangan & kepala je dok gerak2. Yang lain stay still. Pukul 9.30pm aku tekad nak ke tandas kira nak elak pergi tandas pukul 1-4a.m la. Jalan macam orang baru lepas bersalin ni. Lalu depan kaunter nurses sedang bekerja. Tetibe, kurasa sesuatu mengalir dari kelangkangku. Fuhh!! Nanah yang baunya memang menjadi idaman...ermmm..bau dia kau....hidung aku yang tersumbat ni pon boleh bau, apatah lagi hidung yang normal..aku terus cakap kat nurse tu n aku cepat2 jalan ke tandas..nanah still menitik sepanjang perjalanan ke lubang tandas. Masa aku cuba curah air ke tempat bisul, aku tak tengok pon. Sebab pedih bila lubang tempat nanah tu keluar terkena air tu. Last2 aku tengok darah dah penuh lubang tandas. Aku nak tekan lebih2 pon tak boleh. Then aku disuruh masuk bilik pemeriksaan. Doktor perempuan tolong aku tekan nanah selebihnya. Sakit dia kau. Sebelum ni doktor buang nanah aku lepas kena bius. Yang ni...fuuuuh..mesti fed up doktor tu. Then aku tukar persalinan baru. Then aku try baring. Dalam tengah malam gitu, nurse kejut aku nak bagi ubat tahan sakit sebab sepatutnya bermula pukul 2a.m aku kena puasa. Sebab esoknya aku kena operate. Akan tetapi, bila aku bangun dari katil, darah bercucuran tumpah ke lantai. Dan doktor yang incharge kes aku minta aku masuk bilik pemeriksaan. Beliau try tekan dua ke tiga kali, aku terjerit kuat, beliau tak jadi tekan lagi. Hehe. Another doctor must have fed up with me. Then aku sambung tidor.
17/07/2017- Bangun je tidor kulihat alas diatas cadarku penuh dengan kesan darah. Hehe. 1x persalinan pakaian ditukar lagi. Pukul 9a.m a group of doctors with doktor pakar i guess, buat round ward ke ape tah orang panggil. Sampai katil aku, doktor check bekas bisul aku. Dia kata dah tak perlu operate dah. Lepas settle mereka buat ward round tu, aku tanya salah sorang doktor yang ada masa ward round tu, "bila boleh discharge?". Dia jawab esok. Dalam hati ku berkata, "aku ni suka ke tak sebenarnya bila doktor tu kata esok tu ek? Separuh diriku kata ok la tu, tak payah masuk kerja lagi. Separuh lagi dok kata, tapi lagi best bila dapat dok kat bilik sendiri, pakai pakaian seringkas yang boleh". Then bermula lah kisah aku membuat pemerhatian di ward 1EF.
Sakit ku sudah banyak berkurang. Masih ada lagi sisa bisul di situ. Tapi ok la, aku dah boleh duduk. Makanya, dari 1 posisi duduk itulah aku meneliti persekitaran ward tu. Aku tengok patients lain, aku tengok ketangkasan doctors n nurses berjalan dan menjalankan tugas-tugas mereka. Aku mula buat konklusi "oh, dorang ni, bila berselisih antara satu sama lain, macam orang tak kenal je eh? Betul2 fokus ni. Ada je yang bertegur. Tapi bukan nak borak2 bagai. Tapi lebih kepada bertanya pendapat. Lebih2 lagi antara doktor dan jururawat. Bukan macam sistem askar yang aku pelajari, selisih dengan orang higher seniority, higher rank, badan kena tegak, "ASSALAMUALAIKUM TUAN/PUAN!!!" kau nampak tanda seru tu? Dia kena bersemangat sikit bila ucap tu. Berbezanya sistem dua jenis pekerjaan itu. Hmm.
Selang 1 katil dari aku ada sorang kakak ni, aku dapat tau ada ovarian cancer(mengikut akak katil sebelah) tengah buat rawatan chemo. Selama ini aku dok ingatkan rawatan chemo ni akan ada bilik special, rawatan dia guna mesin2 besar. Tapi tak pon. Mesin dia kecik jer. N akak tu dok tempat yamg tak de beza pon dari aku. Akak tu selalu senyum kat aku which makes me wonder. Aku tak nampak pon dia masam, dia nangis, tapi aku dah menangis dan mempersoal macam2 sebab sakit ni. Padahal dia tengah chemo kot. Dahla baru 5 bulan melahirkan anak. Umum tau yang rawatan chemo tu sakit. Betul kan statement aku tu?? Akak tu buat aku kagum. Dan botol cecair untuk rawatan chemo tu pon menarik perhatian aku. Ia dibalut dengan pembalut aluminium. Bila dah habes, doktor akan tukar sambil pakai mask, sarung tangan n apron. Dan doktor akan tukar lebih 3x dalam sehari seingat aku la. Aku bukan 24jam tengok akak tu.
Aku yang kena wat masuk antibiotik kot tube xsampai 100ml 1x masuk pon rasa sakit dah, kalau akak tu, sekali masuk 2 botol, 1 botol 500ml. N dont forget, one of them is the dangerous chemotherapy liquid. Derr, so scary.
Sorang lagi akak tu, nak tunggu kena operate kot. Asyik dok bagi pandangan tak suka kat aku dari awal masuk sampai ke sudah. Stress jer. Tapi laki dia bagus..tiap kali rehat, setia menunggu disisi, walaupun dok main fon.
Sorang lagi akak ni, dia ada rawatan pernafasan. Bukan pasal tu yang aku nak cerita tapi pasal laki@adik@abang@pakwe dia. Laki tu ada iras classmate aku masa kat uthm dulu. Nama ibrahim. Dah la ibrahim tu orang ganu jugak. So, ceritanya, bila sekali tengok tu aku dok rasa macam acah2 kenal, sekali aku terpandang lama, akak tu perasan la kot, akak tu pulak tengok aku. Herrr..seram..last2 tak jadi aku nak tengok laki tu lagi..
Salah 1 genre favorite kdrama aku adalah yang melibatkan kedoktoran. So, aku dok perati la persamaan antara doktor2 dalam real life ni dengan drama2 doktor lain yang aku pernah tengok. Lain sangat kau. Drama korea yang aku tengok, doktor seems to have lots of leisure times, laughing~~or doing whatever. In real life, doctors are doing their works. Tu yang aku nampak la. Naaaak sangat aku join dorang kumpul depan sorang patient yang ada mesin...mesin ape tah.. kalau dalam drama tu, bila garis dia straight jer, patient tu dah mati la tu. Kalau boleh tengok surgeons wat surgeries lagi best!!
Oleh kerana sepanjang bisul aku ada, aku tak de selera nak makan, so bila bisul aku dah ruptured, aku perasan, aku sorang je bersemangat habeskan makanan dalam tray tu.hmm...
18/07/2017- lepas para doktor buat ward round, aku dapat tahu, aku akan discharged pukul 2p.m. feel so good. And it felt best bila dapat tahu aku dapat mc 10hari. ALHAMDULILLAH. ho ho ho balik kampung~~
19/07/2017-balik kampung yukk
Extra 1: aku turun ambulans depan pintu kecemasan. Turun je aku nampak laki hensem. Aku control diri untuk tak tengok lama. So aku buat tak nampak macam biase aku buat bila aku nampak laki hensem depan mata. Then nurse tu tolak aku naik kerusi roda, lalu pulak depan laki tu. Rupanya dia doktor. Masuk je belah dalam, kulihat gambar doktor tu di poster dengan seorang nurse(aku rasa doktor tu dah kot). Yang aku peliknya, banyak kali dia dok lalu depan aku. Tergugat la aku yang dalam kesakitan ni. Aku nak tengok jugak pemandangan indah ni. Tapi, nak duduk straight pon tak boleh. Rugi betul. Aku tak paham. Tugas doktor ni memang dok area depan pintu masuk tu ke? Orang kata, face of the hospital. Dia doktor kan? Tapi ok jugak doktor tu dok depan tu. Sejuk mata memandang. Hmm.
Extra 2: masa 17/07 tu pihak hospital buat majlis hari raya kat ward tu, aku dok berharap ada seseorang bagi sikit aku test makanan yang depa makan. Tapi ....hehehe.. dasar tamak(kata kat diri sendiri)
Extra 3: aku dengar seorang doktor yang aku agak beliau seorang pakar @ senior doctor bercakap melalui fon, "jangan nak buat malu, u m.o kan???!" ..me: wah!!!macam drama lah.
Extra 4: ward tu best, makanan best, doktor best, nurses great, cleaner good(kalau dia boleh senyum lagi bagus, aku dah bersedia nak senyum, tapi tak jadi sebab semua masam mencuka, stress aku)
Extra 5: kos yang aku kena bayar adalah rm21.00. Tengok resit, kalau tak de subsidi kerajaan, rm512.00.. Makanya aku bersyukur banyak2 kerana dilahirkan di bumi Malaysia.
Extra 6: best sebenarnya dok dalam ward bila kau dah menyampah bekerja tiap2 hari + kau tak sakit. Kalau sakit, memang tak best la dok dalam tu. He. Aku ni suka tengok benda indah. Aku cari modal jugak nak bagi menarik minat untuk terus bertapa kat situ.
Extra 7: doktor yang incharge aku tu berulang kapi tanya, "awak ada boyfriend x? Betul tak ade? Pernah buat hubungan x?" Berulang kali weh. Hahahaha. Sebab antara punca berlakunya bartholin's abscess ni adalah hubungan seks tu la. Saya belum berkahwin dan belun berminat kearah hubungan itu wahai doktor. Saya rasa ia berlaku kerana kecuaian saya dalam menjaga kebersihan bahagian private saya.
Extra 8: aku memang curious. So bila dah confirm aku kena bartholin's abscess, aku pon google la sikit. Selama ni aku dok fikir, aku je ke yang kurang daya tahan sakit sebenarnya. Rupanya rasa yang aku lalui tu dah betul dengan statement dalam article tu. Bisul jenis ni memang sangat sakit. Berdiri sakit, duduk sakit. Cuma aku tambah la sikit. Baring pon sakit hokey. Kalau tak sakit, aku boleh tidor nyenyak. Tapi kan, seteruk2 sakit aku, masa tido aku tetap bermimpi indah. Hmm. Bartholin glands ada kat kedua dua belah vagina. Antara 1 je yang akan infected dalam 1 1 masa. Aku ni 7x kali kena, 7x jugak tempat sama. Jeng la. Dan kalau bisul aku tak pecah lagi, doctor akan buat marsupialization operation kat aku. Bila sebut marsupialization, aku terbayang, marsupilami. K bye.
Sekian buat kali ini. Aku rasa, nanti aku akan kena lagi bisul durjana ni. Ia seakan takdir aku.. Allah nak hapuskan dosa aku sikit2.. dosa banyak sangat.
Till next post..chiaww!
No comments:
Post a Comment