Tuesday, May 2, 2017

The tears

Assalamualaikum w.b.t

Let me share to you a simple yet so meaningful situation happened to me this evening.

Malay language activated.

Harini aku masuk kerja pukul 6ptg. Pukul 5.45ptg aku dah turun dari hostel untuk punchcard. (Hostel aku kat aras tiga bangunan sama dengan kedai). Aku pergi ke kaunter 1 nak punchcard. Jaa ada kat situ. Dia tanya aku, "nak jaa tolong punch kan ke nor?" . Aku jawab, "ha, boleh la". Dia punch, aku cakap terima kasih. Aku pergi ke meja skype, cakap2 sikit dengan wana. Wana cakap, dia nak masuk stor, nak settle baju melayu. Aku pon terus berlalu. Nak ronda kedai dulu.

Dah siap pusing semua aras bawah, staf2 yang rehat pukul 5 datang ke arah aku untuk body check (staf wajib body check dengan aku atau wana sebelum dan selepas rehat, baru masuk kerja dan nak balik kerja). Kitorang cakap2 pasal kesah aku yang nak kena transfer ke marang. Habis cakap, aku pergi bahagian shoes. Kat situ tak ada staf jaga. Customer ada sorang tengah pilih barang. Aku berdiri menyandar di tempat susun kasut. Sambil tengok customer sorang tu, aku tengok adjustment shoes milah (penjaga department shoes). Ada sikit kena betulkan. Aku biar je dulu sebab milah tengah jaga pintu time tu.

Aku masih lagi menyandar ke rak kasut tu. Dari jauh aku nampak Jaa tiba2 datang ke arah aku. But something weird happened. Bila aku pandang jaa, aku terus rasa sebak. Jaa belum mengeluarkan apa2 perkataan pon. Tapi mata aku mula berkaca. Aku tutup mata dengan tangan mengharapkan air mata tak tumpah. Jaa berkata, "sedih la nor, jaa nangis semalam lepas dapat tau nor kena transfer", aku jawab ," jaa sedih, ore lagi sedih, marah ada, kecewa ada, semua ada". Jaa ikot menangis time tu jugak. Dia kata, kalau aku dan wana dah tak ada kat sini, jaa pon dah tak mau duduk sini lagi dah. Aku cakap kat dia, aku pelik dengan diri sendiri, sebab sebelum ni dah banyak kali aku kena transfer, tapi aku tak pernah nangis. Dan kalau nangis pon, kenapa depan jaa? Situasi bila aku nampak jaa jalan ke arah aku time tu dan aku terus menangis tu sangat aneh. Dah kenapa kan??

Jaa ni lain dari staf yang lain kerana, dia staf aku masa kat machang lagi. Status dia sebagai staf aku dari machang tak bermaksud apa2 yang special melainkan bila aku cakap, "aku paling selesa bercakap dengan jaa berbanding staf2 machang yang lain" sebab apa? Sebab dia sama umur dengan aku. Dia buat kerja dengan elok. Dia kawan dengan kawan sama universiti dengan aku (matley, bukan kawan baik pon, cuma kenal je),n kakak jaa belajar kat universiti aku. Sebab aku paling selesa dengan jaa, staf2 lain pikir aku pilih kasih. But i didn't.

Dan bila dia datang ke kuala berang, aku banyak bergantung pada jaa. Jaa staf lama. Dia sudah kerja lebih 5 tahun. Aku baru setahun. Ada apa2 kemusykilan, aku banyak tanya jaa.

Dan bila aku kena transfer ke marang, fikiran jaa jadi seolah2 kacau bilau. Ini first time dia keluar jauh dari kampung. Datang ke tempat asing tanpa sesiapa orang yang dikenali selain dari aku.

Tapi aku bukan sebab nak berpisah dengan jaa. Aku kecewa dengan monitor atau sesiapa pon yang membuat keputusan untuk transfer lagi aku ke cawangan lain. Aku tau, dalam syarat2 syarikat mengatakan "pihak syarikat berhak menghantar staf ke cawangan lain..." ..tapi sampai bila aku yang kena transfer?

SERIOUSLY, I HAD ENOUGH!!!!

kembali pada tajuk aku yang asal. Apa jadi pada aku tadi? Sampai mata putih bertukar merah menyala akibat menangis. Jaa nangis sikit jer. Aku yang lebih2.

Malam sikit, aku borak dengan jaa dekat kaunter. Jaa kata, masa aku dok cakap2 dengan staf lepas body check tu, jaa dok pandang je aku. Dia rasa macan aku mengelak dari dia. Sebab biasenye, aku memang akan selalu borak dengan jaa lebih. Tapi lepas punchcard tu aku terus blah. Tak ada pon nak cakap2 dengan jaa. Hehehe. Fikiran aku dah berkecamuk agaknya.

TERIMA KASIH BANYAK2 SEBAB SUSAHKAN HISUP SAYA WAHAI SI PEMBUAT KEPUTUSAN. SAYA MEMANG SUKA KENA TRANSFER ..TRANSFER LA LAGI SAYA KE CAWANGAN BELAH UTARA SANA, SUPAYA LAGI SUSAH SAYA NAK BALIK KAMPUNG.

HARAM JADAH PUNYA ORANG.

beratus aku habeskan duit nak bagi lengkap keperluan kat hostel, kau transfer aku ke cawangan lain. Karanf aku ambik semula tikar getah tu wat balik kampung. Bukan murah menatang tu.

Punya la aku bersemangat sental lubang tandas tu sorang2. Semua sia2.

AKU NAK RESIGN!!!!!!!!!

tapi tak boleh..k ngantuk.. goodnight

No comments:

Post a Comment