Tuesday, March 14, 2017

Saka aku

Assalamualaikum w.b.t

Cut the crap, let me just go straight to the story.

10/03/17- aku dan staf2 aku mula packing barang kat kedai sebab kedai akan tutup. Pindah ke kuala berang.

12/03/17-hari terakhir kemas barang.

13/03/17-offday aku. Tapi sebab barang kat kedai dah siap packing, tapi belum angkut naik lori, aku decide tak yah balik kampung sebab 15/03-17/03 aku cuti. Pagi 13/03/17, pukul 8.30 pagi aku keluar hantar housemate ke tempat kerja. Aku plan lepas hantar kawan aku, Ama, aku akan ke bank, simpan duit sikit kat tabung haji, bayar ptptn, bayar loan asb (aku tau aku lewat bayar, diam ah!) n simpan sikit kat akaun asb. Tapi bank tak buka lagi time tu, aku ronda dulu pasar pagi yang ada setiap hari isnin. Aku ronda2, last2 beli tudung kat my mom sehelai. Lepas tu baru pergi bank. Dah siap urusan bank, aku sarapan kat kedai k.jah. then aku pergi beli selipar baru rm11. Aku pakai selipar jamban jer sebelum tu.

Sebelum aku keluar rumah pagi tu, tiba2 aku rasa rambut aku panjang, aku pikir rambut aku patut kena potong. Dah la kering, banyak gugur n ada buah..kau tau buah? Lantak ah..tak tau kau p tanya orang kelantan.. orang kelantan tau kot..aku malas nak explen.. aku mula pikir "apa kata kalau aku p potong rambut kat salon cina yang boleh tengok saka staf aku haritu?" N aku decide lepas sarapan tu, aku nak potong rambut.

Sampai kat salon tu, aku teragak sikit sebab ada orang laki. N aku tengok tukang gunting tu pon "macam" lelaki.. tapi lepas dia cakap, konfem pompuan..

Long story short(walaupun dah banyak aku merapu) auntie tu pandang aku sekilas tapi aku rasa lain..dia macam tunjuk muka tak friendly. Aku pon..hmm takpe ah..nak potong rambut je pon..

Bila aku duduk kat kerusi tempat potong rambut, dia mula kepit rambut aku dan dia tanya,

Auntie: awak sakit belakang ke?

Me: hah? Ye! Memang sakit pon. Oh betulla staf saya cakap, auntie memang pandai tengok benda tu kan?(sengih)

Auntie: (senyum) bukan boleh nampak, tapi bila auntie pegang awak, auntie boleh rasa sakit tu kat badan auntie.

Auntie no.2: auntie tu tok bomoh

Me: ohhhh. Pastu saya ado saka ke ni?

Auntie: (senyum makin bermakna)

Me: eyyyy...ada lettu

Auntie no.2: eyyyyy(tiru gaya aku)

Auntie mula cerita pasal pesakit2 dia sebelum ni..ada yang masuk kedai dia sambil merangkak..dan bermacam2 jenis lagi(aku tak ingat)

Auntie cerita pasal hayat lepas. Masa tu aku ingatkan diri aku, "aku islam, aku takkan terpedaya. Hanya non muslim percayakan hayat lepas". Tapi aku terus dengar. Aku pikir takpelah, dengat boleh, percaya jangan.

Auntie cakap, dia dulu 4 kali (ke 3 kali eh?) dilahirkan sebagai lelaki. Lelaki yang pakai baju besi yang jaga raja china pada suatu ketika dahulu. Dia ada 7 orang isteri. Raja dia ada 1000 orang isteri (maksud dia gundik kan?). Dia cakap, sekarang ni pon bila ada customer pompuan yang cantik datang kedai dia, dorang akan cakap, dorang rasa sangat selesa bila bercakap dengan dia. And seriously, aku yang tak cantik ni pon sangat selesa bercakap dengan dia. Macam dah kenal lama.

Dia cakap, dia agak aku punya hayat lepas, berkaki empat. Aku gelak time tu jugak. Memikirkan possibility aku pernah dilahirkan sebagai sesuatu yang berkaki empat.

Then sebelum tu dia ada tunjuk kat aku bahagian mana kat badan aku yang sakit. Dan dia tunjuk kat aku tempat yang sangat tepat pada bahagian belakang badan aku. Aku sangat kagum! How can she know it???!!! N dia cakap, hampir semua badan awak sebenarnya sakit, bahu kiri, kaki kanan tapi sebab belakang badan awak sangat serius, awak tak rasa sakit kat tempat lain tu. Sebenarnya, aku memang rasa sakit ..tapi aku tak boleh nak describe.. aku cuma pikir, aku gemok, sebab tu sakit.

Aku ada tanya , "auntie dapat tau saya sakit bila auntie sentuh saya je ke?"

Auntie jawab, "auntie tengok mimik muka awak, auntie dah tau".

Auntie cakap lagi, aku sebenarnya sangat garang, tapi aku tahan, so kesannya dia dapat rasa apa benda tah kat leher aku..ada bengkak sikit.

Lepas tu aku buat rawatan rambut, cuci rambut dan sebagainya. Habes rm64..seriously rasa sangat3 best!!!cool sangat.. dia cakap kat aku, kalau nak pastikan apa benda kat belakang aku tu, dia boleh tengokkan. Janji aku pejam mata, dia pon pejam mata n jangan cuba2 intai.

Dia pon buat la.. masa tu ada customer lain dah kat sebelah aku..tunggu turn nak potong rambut..dia macam urut2 kepala aku, bahu, belakang aku tetibe cakap "woof!" Aku ingatkan anjing.. aku diam jer time tu. Layan je la kan. Pastu dah siap, dia cakap, aku dulu dilahirkan sebagai serigala besar yang bertapa dalam gua. Boleh menjelma jadi manusia. Dua kali aku dilahirkan sebagai serigala tu. Lagi sekali sebagai harimau. Tapi sebab aku ada buat baik, kali ni aku dilahirkan sebagai manusia..hek?!
Tak pe, layan je.

Dia ada cerita, saka tu (2serigala dan 1 harimau) dilahirkan bersama aku. Dia berkait dengan roh aku. kalau aku cuba buang, nyawa aku terancam. Binatang2 tu la yang buat belakang aku sakit. Auntie siap buat gaya macam mana makhluk tu dok cekau badan aku.
Malangnya auntie jugak cakap, aku pon ada saka keturunan. 1 tok guru silat, 1 mokyong tak berwajah. Mokyong tu dok tarik seri wajah aku.adehh.

Pasal silat tu pulak, aku teringat masa aku tahun 3 di uthm dulu, tahun 3 jadi senior palapes la kan? So kitorang macam ada buka kaunter pendaftaran masuk palapes la..aku dengan 3 orang(tak silap aku) lagi geng palapes dok kat meja  ni, ada budak silat datang ajak masuk silat. Dia ajak 3 orang kawan aku tu, tapi dia buat tak nampak aku. Aku pikir masa tu, "taula aku gemok, mesti kau tak nak ajak aku join silat kan?" Monolog je tu.he. btw kawan aku lagi 2 tu pon bukan spisis kurus pon..hmm

So bila aku relate dengan auntie cakap tok guru silat tu, aku jadi tepikir, "ke dia tak nak ajak aku join silat sebab dia tau aku ada saka tok guru silat?"  Hmm...

So, dari asalnya aku ni tak mau balik kampung sebab aku cuti 3 hari keesokan harinya, lepas solat zohor, aku terus balik kampung. Sampai rumah aku terus soal mak aku. Mak aku cakap tak ada pulak keluarga dia, tok aku atau sape2 yang related yang ada ilmu tu semua. Mak aku pesan, tak elok bagi orang cina pegang kepala kita. Kita dok baca quran, kita isi kepala kita dengan quran, tapi kita bagi orang cina pegang kepala kita..tak kisahla orang cina ke, orang siam ke, orang india ke. Kita pegang dia tak apa. Hmm. Last2 dia perli aku, "eleh, potong rambut macam tu, ma pon boleh buat". =_=

Masa auntie tu dok urut aku tu, otak aku tak putus2 baca , "waja 'alna mim baini aidihim saddanwamin kholfihim saddan, fa aghsyaina hum fahum la yubsirun". Doa lindung dari syaitan dan anasir jahat.gitu.

Masa tengah wat rawatan rambut tu pon aku kata kat diri aku, kalau aku nak buat rawatan pon, bukan dengan tok bomoh cina, tapi dengan orang islam yang dijamin mengamalkan ilmu islam. Sebab orang islam pon banyak yang tak mengamalkan ajaran islam..banyak yang terpesong..

Tapi harini aku pergi kedai lagi. Aku dapat tau ada staf kedai lagi satu cakap, dia pon pernah kena cakap ngan auntie tu, yang dia ada saka. Tapi 1 je. Dan terbukti benar bila staf tu tanya ayah dia. The problem is aku ada 5 saka weh..hahahahahahaha.. kelakar kan?

Dekatkan lah dirimu kepada Allah satu2nya wahai SITI NURAINI MOHD ZULKIPLI. Amalkan baca al quran, amalkan zikir, semoga Allah sentiasa melindungi mu dari syaitan durjana..

Amiiiinnnn.

Aku curious, kalau aku pergi jumpa pakar perubatan islam, saka ke apa ke, agaknya apa result yang aku dapat..

Wallahu alam

No comments:

Post a Comment