Monday, July 18, 2016

18.07.2016-my plan vs what actually happened

Assalamualaikum.

Hai everybody!!!

Feeling good today.. not great..just good..why?? Let me tell you a story about my plans vs what actually happened to me, today.

Actually 3 days ago i felt something stuck in my gums. Aku try korek korek gusi n gigi aku guna jari. Pastu rasa macam gigi patah. Guess what? Memang gigi aku patah.harey. gigi aku rapuh..aku try korek2 lagi.. sampai 1/4 dari gigi  tu terkeluar. Gigi tu gigi geraham paling hujung belah kanan, kat bawah. Tak sakit pon. Tapi aku rasa memang gigi tu dah tak dapat diselamatkan dah. So aku plan balik kampung(offday hari isnin) alu nak cabut gigi tu.

So, semalam aku kerja halfday. Pukul 1.10p.m aku gerak balik pasir mas. Pukul 2.10p.m lebih kurang aku sampai.

Mak aku kalut dok masak, sebab memang aku spisis kalu sampai rumah, terus masuk dapur cari makanan. Semalam dia ingat aku sampai lewat, dia pon tak masak. Sampai jer kat rumah, mak aku terus masak nasi n goreng ikan n ayam n celur pucuk ubi kayu n rebung. Sedaaap. Sebelum tu, kat tempat kerja, 1 apa pon aku tak makan. Fikiran berkecamuk. Dah settle problem tempat kerja, baru boleh pikir pasal makan. (Aku minum air masak jer).

So malam semalam aku plan la apa nak buat hari ni.

1) gi hospital lati, tengok boleh tak nak cabut gigi on the spot. Mana la tau kot2 kena buat appointment duluke. Kalau boleh nak cuci n simen mana2 patut. Ni baru nak survey. Aku plan nak cabut lepas aku settle plan aku yang kat bawah ni dulu.

2) pergi bank, ambik sejumlah wang untuk bayar  ptptn. Ni bulan ke 5 aku bayar. Setiap bulan aku bayar rm180.

3) pergi pejabat ptptn di plaza serakai mas. Area kfc tu. Recommended ok. Staf dia semua ok setakat aku pergi berurusan ni. Kalau tanya, tak de la nak bagi jawapan was2 or tak menjawab soalan or rasa ditipu. Aku plan nak tanya pasal, "saya tak boleh nak cek baki pinjaman secara online" gitu.

4) singgah di zonria pasir mas untuk tukar baju mak aku. Adik aku beli saiz kecik. Mak tak boleh pakai.

5) pergi hospital untuk cabut gigi

6) pergi bengkel kereta. Abah aku cakap, lampu plat kerete kat belakang rosak.

What actually happened...

pergi hospital, tanya akak nurse kat situ,

Me: akak, rawatan apa boleh buat kat sini hari ni?

Nurse: cabut gigi jer boleh. Kalau nak cuci gigi, simen atau wat benda lain, kena wat appointment dulu.

Me: saya nak cabut gigi lah kalau macam tu.

Nurse: pernah datang sini ke sebelum ni?

Me: pernah, masa sekolah dulu.

Nurse: lama dah. Nak ic awak.

Sedang dia nak daftar aku, baru aku terfikir, kalau aku cabut gigi, cane aku nak pergi bank, pejabat ptptn. Mesti sakit. So, aku cakap kat akak nurse tu.

Me: kak, pukul berapa tempat ni tutup?

Nurse: pukul 5

Me: rehat?

Nurse: 1 hingga 2

Me: kejap lagi la saya datang kak, saya ada urusan sikit kat pasir mas.

Nurse: okay (senyum)

Masa tu dalan pukul 9.30am.

Aku pon pergi pasir mas. Pergi bank, amik duit, n pergi pejabat ptptn. Kat pejabat ptptn aku tanya macam2. Dah banyak benda nak tau kan. Seb baik abang tu melayan jer. Keh.

Then aku singgah kat smo bookstores. Tengok2 novel seram terkini. Tapi hampa. Tak ada yang berkenan.

Then aku gi zonria pasir mas tukar baju mak n beli barang aku (panty!!!) dah dekat 5tahun tak beli panty baru..kah!!! Dah sape suruh tak hilang or koyak. Guna la mana yang ada kan?

Waktu tu dah 10.40am. Aku tengok jam sebab takut dekat pukul 12, tak elok cabut gigi kan? Darah banyak keluar. Ye ke?

Terus menuju ke hospital lati. Sambil tengok2 mana stesen minyak ada pam tayar. Tayar kete depan aku macam kurang angin jer. Tapi hampa.

Terus lagi ke hospital lati. Seb baik xdak orang. Time tu no.0029 aku dapat no.0030.

Then masuk bilik rawatan, doktor laki yang rawat aku. Tinggi orangnya, putih dari aku (he), ada jambang, kelantanese, peramah, sedap mata memandang gitu. Dia pakai baju belang2, sama macam shawl aku. Keh.

Doktor: apa masalah awak?

Me: gigi geraham saya patah. Yang hujung sekali. Ingat nak cabut

Doktor: patah? Sakit tak?

Me: tak

Doktor: aik, tak sakit?

Me: sikit jerla sakit.

Doktor: meh nak tengok

Lepas dia tengok..

Me: ke tak payah cabut doktor?

Doktor: kena cabut dah, sebab, nak simen pon xboleh dah.

Me: kena bedah tak doktor?

Doktor: (sengih) tak perlu bedah, gigi awak normal jer.

Dia pon amik jarum, aku tengok jarum tu. Perghh! Panjang n tajam siakk!!!

Tusukan pertama tu adala rasa sakit sikit. Yang pertama tu dia cucuk agak lama, lebih 15saat kot. Kotla.

Yang kedua dia nak cucuk, dia cakap, "yang ni sakit sikit tau" aku emm kan jer.

N memang sakit betul sampai mata belah kanan aku tertutup. Tapi doktor suruh bukak mata. Keh.

Thwn dia suruh keluar dulu, kumur2, bagi rasa kebas, nanti dia panggil balik. Then aku tunggu kat luar tu. Time tu la aku dengar bunyi budak laki menjerit kuat gila kat bilik rawatn tu. Hahaha. Macam orang kena histeria pon ada.

N aku mula rasa kebas. Gusi, lidah, pipi, bibir semua xde deria rasa dah.

Then dia panggil aku masuk. Doktor tanya, "rasa kebas tak" aku cakap "ya". Then dia ada sentuh2 guna alat dia kat sekitar gusi aku, n tanya, "rasa sakit tak?". Aku cakap "tak".

Then aku nampak dia amik pengcungkil. Dia try cungkil gigi aku. Tak tercabut jugak. Dia amik pengcungkil lagi besar. Tak tercabut jugak. Dia cakap, "payah gigi ni, kuat" then dia amik macam playar gitu, dia tarik gigi aku, gigi aku patah sikit, aku dengar dia cakap, "gigi awak rapuh ni". Tapi still tak tercabut jugak. Lepas tu dia amik playar yang dok jauh sikit dari dia, dia goyang2 sikit gigi aku. Pastu dia tarik. Yang ni dia tarik, aku rasa macam rahang aku nak tercabut. Sakit derr. Dah tercabut gigi tu, dia cakap kat nurse2 yang ada kat situ, "patutla patah, tengok akar dia". Pastu aku tengok gigi aku. Aku cakap kat dia, "nak simpan gigi tu boleh?". Dia  cakap, "boleh x ada masalah". Then i say thank you. N keluar. Pastu aku wat appointment nak gi cuci gigi. Tapi tarikh available akhir bulan 8. Hmm. Lambat.

Then aku balik rumah. Tengok kunci rumah tak de. Ingat mak aku dok lepak kedai depan rumah. Tu kedai n rumah kawan masa kecik aku. Setakat dia bukak kedai tu, tak pernah aku lepak kat situ. Antisosial sangat aku ni.

Dari jauh aku nampak 2 3 orang pakcik dok kat kedai tu. Aku jalan ke arah dorang tu, semua pandang macam aku orang asing. Taula aku jarang keluar rumah. Aku tanya dorang, "ma nor takdak ka?". Dorang cakap takda. Aku pon lepak la kat situ. Kawan aku pon ada kat situ.

Kitorang pon borak2 kat situ. Macam2 topik la keluar. Antaranya mengimbau kenangan lalu. Kami main masak2 dalam bangsal kat rumah aku. Main sorok2. Pergi balik sekolah sesama. Main hantar2 surat. N topik terkini pasal kerja aku, pasal dia berhenti kerja sebab mak abah dia tak bagi dia dok jauh. Pasal pakwe dia(jiran sekampung) yang couple lebih 4tahun tapi tiba2 putus bila si lelaki tiba2 nak kawen. Pasal pakwe terkini dia. Pasal kenduri kawan2. Pasal kawan sekolah rendah yang sekarang sangat hensem. Pasal kenduri rumah abang aku minggu depan. Aku ajak dia ikot sekali. Pasal lesen kereta. Pasal satria aku. And lots of other topics. Best pulak bila dapat berjumpa begini.

Mak dia ajak makan m minum. Tapi aku kan cabut gigi. Tak boleh. Walaupun perut lapar.

Then ada anak sepupu aku datang, aku tak tau la dia buat2 tak kenal or memang tak kenal. Lain sangat ke pakaian aku harini? So i guess dia bergurau.

Then i went home when my daddy off work. Tak lama kemudian, kakak n abang ipar Aku sampai rumah. Dia nak beranak dah.

Yeay!!!!nak dapat anak sedara!!!!

K bye

No comments:

Post a Comment