tidak lengkap rasanya bila aku start tanpa bagi salam..eceeeeehh..acah2 bejurus..
assalamualaikum..π
so, harini aku datang lagi lepas lengkap 2 dos vaksin pfizer. π
perjalanan nak dapat vaksin aku ni, takdelah drama mane pon.
macam ni, 1 jun 2021, start pkp 3.0 kan? aku kat Raub..ber-pkp dengan room mate aku sorang..masa ni, jadual aku, memang kacau bilau habis ah aku cakap. tidor pukul 4-5am bangun dekat zohor. kadang-kadang tidor lepas subuh, bangun dekat zohor jugak π. aku bangun, room mate terus bangun. katanya, "tak best bangun sorang". π€·. lepas bangun, masing2 masak. aku malas masak, cukupla nasi+ayam goreng+budu tempoyak. jarang aku masak kena tumis ape bagai. kalau ade pon, aku masak ayam phad phet je..my favourite!
rutin tersebut berterusan hingga pertengahan bulan july. room mate aku mula plan nak balik kampung. aku risau jugak nak balik kampung, takut kedai buka, aku payah nak masuk keje. almaklumlah, kete takde. tapi survey punye survey, bas ke machang ade. room mate aku lebih bersungguh nak balik kampung, sebab duit die dah nak kering..aku ok lagi..masa tu jugak kakak aku ajak balik rumah die (kakak aku kawen dengan orang raub). aku pon dok la rumah die 2-3 malam. musim durian time ni. banyak gila durian, aku & kakak aku kena jadikan tempoyak. abang ipar aku bagi upah rm80(3x buat). ikut kelulusan katanya (kitorang dedua degreeπ€£). hari aku pergi rumah kakak aku ni jugak la, room mate aku balik kampung.
lepas 2-3malam kat rumah kakak aku tu, aku pon balik hostel. plan nak dok sorang la sampai kedai buka. mak aku pulak berkali2 mesej, bagitau "kalau nor balik kampung awal2 pkp dulu, boleh dok lame dumoh" ..last2 aku ambil keputusan nak balik kampung jugak. ini berlaku selepas hampir seminggu aku dok sorang kat hostel tau.
so aku pergi balai polis Raub. minta kebenaran nak balik kampung. masa tu 2 hari sebelum raya haji tau. aku pulak jenis tak tengok calender, tak tau pon raya dah esok lusa. aku ingat akak polis tu cakap, "ni balik sebab nak raya kan? lepas raya nanti mesti datang balik kan?". aku jawab, "tak lah, kedai boleh buka nanti baru saya datang balik." and aku dapat surat rentas negeri.
kat rumah (pasir mas), masa tu musim buah. ade buah rambutan, langsat, durian, duku & manggis. hampir setiap hari aku makan. aktiviti harian aku pon agak membosankan. cuma bangun tidor awal sikitlah. pukul 9am gitu. pastu rutin aku (3hari sekali) hanyalah siang ikan/ayam. π. busuk tangan aku bhai. satu2nya benda produktif yang aku buat adalah, bersihkan peti ais.
pastu, 15 ogos, kerajaan mula bagi kelonggaran untuk kami mula operasi semula. pung pang pung pang delay/postpone, u name it, 18/8/21, aku pon datang Raub semula..i was so sad..but i need money, so..hmm..
oh, ter-miss pulek. adik aku, eppa dapat vaksin lagi awal dari aku, aku ni dah tak sedap duduk la, ade la 5-6x aku tulis mesej kat helpdesk mysejahtera, nak cepatkan vaksin. tapi tetap tak dapat. one day, buka mysejahtera, bile dapat tarikh appointment, rase macam, "waaaaaahh" gitew. dah la cucuk vaksin kat klinik swasta. tak perlu beratur ber-jam2.
so tarikh dos 1 aku 8/8/21. dos 2 29/8/21.
like i said before, aku start keje 18/8/21, so lepas datang Raub 10 hari, aku balik semula pasir mas pada 28/8/21.
disinilah point sebenar aku rajin menaip malam ni. he he he.
abah aku kan, dah berkali2 kata kat aku, "abah dah masuk 60an ni, tak lame dahla"..aku buat muke watlek wat cool jelah..tak tau nak react macam mane. dalam hati risau, sedih, macam2.
abah aku 61 tahun dah tahun ni guys. masih bekerja. tapi ok la, tak berat macam dulu, sebab adik bongsu aku ikot sekali. tolong abah lipat kanvas penutup lori kat belakang tiap kali nak hantar pasir/batu/tanah/tar kat rumah customers. nanti sekolah dah bukak, tak tau la macam mane. aku risau sebab abah ade penyakit kencing manis, darah tinggi. baru2 ni pulak suspek buah pinggang. tapi Alhamdulillah, 17/8/21 lepas aku teman abah pergi cek kat hospital tanah merah, abah takde penyakit tu lagi. aku tengok abah jalan kaki mesti terhincut hincut gitu. kalau batuk pon, bunyi die macam sakit sangat je. walaupun cara jalan dan batuk yang macam tu dah bertahun aku dengar, tapi, tu la. entahla.
so, 30/8/21, abah hantar aku kat stesen bas. aku terus cakap kat abah, "abah tak payah tunggu la, orang ramai ni", abah macam ok tak ok gitu, tapi, masa tu, mata aku dah beralun, nak nangis.
lepas naik bas je, aku terus on earphone, dengan lagu. sambil menangis.π€£π€£. die macam ni tau. nangis sekejap, pastu berhenti, pastu sambung balik..sampai kuala krai aku buat macam tu. sebab lepas tu aku tidor. π
. aku dok kata kat diri sendiri "aku sedih sebab tinggal miki"..tapi tak nyah..aku pikir pasal abah je terus nangis..
aku pikir, berapa lama lagi masa aku ade untuk jumpe abah aku..ke aku mati dulu? kalau aku mati dulu...adeh..banyak dosa ni weh..
mesti korang pelik kan? kenape abah? bukan ma aku yang aku cerita yang buat aku menangis. entahla. ma korang tak same macam ma aku. ade manisnye, tapi yang pahit banyak lekat dalam hati. payah nak kikis. ha, ni la mungkin salah satu kudis dalam hati aku. aku rasa aku berdosa sebab ade rasa macam ni terhadap ma aku. bertahun aku cuba hilangkan, tapi tetap tak boleh.
until next time. chiao. (mata bengkak, sebab menaip sambil menangis. aku syak kilang air mata aku besar sangat la). k k..bye
No comments:
Post a Comment