Assalamualaikum w.b.t.
Seminggu yang lepas, aku dapat rasa sakit sedikit di kawasan aku selalu kena bisul. Tapi, sebab last aku kena bisul adalah bulan 2@3 tahun 2016, so aku tak expect aku akan kena bisul lagi.
Orang dulu2 kata, kalau letak bawang putih(yang ditumbuk) kat area nak naik bisul tu, ia akan retreat. Tapi, aku pikir, "alah, nanti balik kampung jela, tak yah susah susah nak beli bawang, ambil je yang ada kat umah".
So, isnin lepas, aku balik kampung, aku letak terus bawang putih tu. Rasa sikit je pedih2. Pastu malam tu, abah aku ada panggil orang kampung ni jugak datang untuk urut dia. Nama dia "abe isey". Dia ada cakap dia guna ubat "rotexcine" untuk hilangkan bengkak. Mak aku pulak recommend kat aku ubat tu.
Esoknya, aku pegi beli. Dah siap makan ubat tu. Baru aku perasan, kat plastik ubat tu ada tulisan siam. Aku tertanya2, ubat ni sebenarnya boleh makan ke tak? Macam mana ubat ni boleh dijual di kedai kampung jer. Sebab internet kat kampung aku macam ulat gonggok, aku tunggu balik machang baru search internet. Ubat tu tak ada pon kat internet. Tapi nama lain dia, tak silap aku, tetracycline..ye ke? Entah..aku bukan budak farmasi nak ingat sebijik2 ejaan dia. Ubat tu memang untuk fight infection bacteria kuman apa benda alah tu. Tapi kalau amik lebih dos, tak baik untuk nadan aku. So, aku stop. Aku sempat makan 2 biji jer.
Dan...aku kena stop tenyeh bawang putih kat tempat bisul tu sebab....AKU PERIOD!!!
Makanya..bisul membesar dengan jayanya! Bermula lah kesengsaraan hidup dengan bisul.
Hari khamis lepas, 9/2/17, bisul aku ditahap 8/10. Aku pergi ke klinik perdana machang dengan harapan nak buang bisul. Malangnya, aku cuma dapat nasihat untuk operate buang kantung n dapat antibiotik cephalaxine. Rm24.00 terbang melayang2.
Jumaat 10/2/17, bisul ditahap 9/10. Dia punya rasa sakit datang menyirap tiba2. Aku drive pergi kecemasan hospital machang. Well, what would you expect kalau p kecemasan hospital. Of course orang ramai. Mengalir air mata aku nak tahan sakit. Aku tengok orang lain sekeliling aku. Aku nampak ramai baby baru lahir, aku nampak pakcik duduk atas kerusi roda. Aku tau, turn aku lambat lagi. Tak sampai setengah jam, aku drive balik kedai. Mana boleh nak tinggal kedai lama2. Jadi apa2 kat kedai, aku tanggung. Dia punya sakit time tu, berdenyut2, sampaikan, aku dapat masuk kete tu, terus air mata bercucuran, siap tak sedar aku dah guna jalan one way. Lantak ah.
Sampai kedai, lalu depan staf2, semua tau aku nangis. Hehh. Sakit wei. Masuk tandas dengan geram, aku amik jarum yang sedia ada kat tudung, aku cucuk bisul aku, aku pusing2 jarum, rasa sakit gila babi, tapi anehnya, dia tak mau tembus, aku dah nak menyumpah habis dah. Sakit weh!!! Aku tarik cermin solek staf2 punya dengan tangan menggigil..PRAP!!!pecah terburai. He. Aku keluar dengan air mata lagi. Staf tanya, "kenapa nor?". Aku jawab, "cermin pecah, tolong sapu eh?". Staf tu, Jaa namanya, balas, "tak pa nor, nanti Jaa sapu". Aku naik stor. Aku baring dengan menangis lagi. Seriously aku tanya Allah time tu, "kenapa sakit macam ni yang kau bagi kat aku ya Allah, sungguh, aku tak kuat, aku tak mampu, aku tak tahan dah, kalau dapat luka macam luka kena pisau ka, tak pa lagi, at least aku boleh tidor". Hmm.
Malam tu aku cuba nak tidor dari pukul 9pm. Tapi tak boleh, fon dah tutup, lampu tutup, semua sunyi. Tapi aku tak boleh tidor. Semua posisi tido aku menyakitkan. Bisul ni kan!!!!!!!pukul 11 aku bangun dari tilam dengan susah payah, dengan air mata jugak, masuk tandas dengan jarum ditangan. Aku tekad! Aku nak cucuk bisul aku! Aku masuk tandas, aku cucuk lagi, aku pusing2 jarum tu atas bisul aku, jarum aku tenggelam ke dalam, tapi still tak tembus. Aku tak tahan sampai terjerit sikit, "addduh!!!!sakiiiiiiitlaaaaahh!!!!" Sikit jer. Tetibe aku perasan, housemate aku tutup pintu bilik dia. Fyi, housemate aku ni spisis penakut. Dia selalu tidor bukak lampu, bukak pintu, n kalau aku tak ada kat rumah, dia akan terbalikkan cermin kat ruang depan rumah sewa tu. Tapi malam tu, dia tutup pintu. Mesti aku bising dok mengerang tu. Hehe. Back to the story, aku masuk bilik aku. Dengan air mata lagi, aku cuba baring nak lelapkan mata, sekali terbatuk. Biasa la kan, kalau batuk, kau akan rasa tekanan kat bahagian bawah perut. N dengan kuatnya aku jerit, "addddduh!" ..he.. kuat wei..
Malam tu jugak, aku bertekad, aku akan buang bisul tu kat klinik perdana, sebab doktor tu baik, cakap lemah lembut dan yang pastinya, dia perempuan!
Hari sabtu, 11/2/17 aku bukak kedai pukul 8.45am. Aku plan lepas hantar maklumat ke hq, aku akan terus ke klinik kat belakang kedai tu. Klinik tu kan paling dekat dengan kedai aku. Klinik perdana tu la i mean. Aku tanya staf aku, "k.faezah, kalau klinik perdana tu kan, klinik buka pukul 9, pukul 9 tu memang doktor dah ada ke?". K.faezah balas, "tu tanya staf klinik tu, dia dok jalan depan kedai". Aku terus tengok kat orang yang dimaksudkan k.faezah. aku terus panggil, "kak! Kak! Kak! (Tiga kali panggil, baru dia pandang aku) doktor masuk pukul berapa kak?". Akak tu balas, "doktor tak masuk harini dik, kitorang buat kerja biase2 je la". Aku pon dengan kecewanya, perasaan kacau bilau nya, terus rasa nak menangis. Sakit tengah menyucuk nyucuk. Jaa ada kat tempat aku berdiri, aku mula tanya Jaa tentang klinik lain yang dekat dengan kedai kami. Jaa mencadangkan aku ke klinik bharu machang. Tu memang nama dia ok. Klinik bharu. Jaa kata, doktor nya kemungkinan besar lelaki. Aku minta Jaa meninjau dulu sama ada klinik dah buka atau belum. Jaa pergi, dan balik semula. Good news! The clinic was open! Aku terus pergi ke klinik tersebut.
Aku daftar dan duduk tanpa merapatkan punggung ke kerusi, sebab, SAKIT! Tak sampai 3minit, aku nampak seorang kakak masuk ke dalam klinik tersebut, aku tegur kakak tersebut, "kak, lama lagi ke doktor nak masuk?". Kakak tu terus angkat tangan tunjuk jari kat muka dia, which means, SHE WAS THE DOCTOR! i was relieved!
Aku masuk bilik doktor, aku terus cakap, saya nak buang bisul ni doktor. Dia tengok bisul aku. Dia cuba menerangkan kat aku, buang bisul tu tak selesaikan masalah aku, sebab kantung bisul masih ada kat dalam tu. Tapi aku dah tak tahan menanggung sakit dah, aku cakap kat dia, "saya dah tak boleh nak hidup dah dengan bisul ni" dan akhirnya dia sanggup buang bisul aku.
Doktor tersebut meminta pembantunya menyediakan bahan2 yang diperlukan. Aku ada dengar doktor tu sebut syringe, bla bla bla. Tak ingat.
Doktor tu tunjuk dekat aku jarum yang sedikit besar yang dia akan guna untuk sedut nanah. Aku tak tengok jelas pon, terus cakap, "haa boleh" ..asalkan keluar je semua nanah tak guna tu. Hmm.
Doktor mula membius aku di sekitar bisul. Sakit jugak, tapi bisul aku lagi sakit. Berkali2 doktor tanya, sama ada dia dah boleh cucuk ke belom jarum tang lebih besar tu. Actually, doktor tu cakap, bius tu cuma sedikit, so, kurang berkesan sikit la. Cuma beza sikit la rasa sakit sebelum dan selepas bius. Selepas beberapa ketika, doktor mula cucuk syringe tu. Terkejut dia dengan quantity nanah yang keluar. Dengan baunya yang superb "wangi" memaksa doktor memanggil pembantunya untuk memakaikan mask untuknya. Anehnya, aku tak dak pulak nak bau benda alah tu. Kesian doktor dan pembantunya itu. Selepas doktor mengeluarkan jarum, doktor tu mula memicit bisul aku. Sakitnya ya Allah, pergh pergh. Aku tak berhenti berkerut muka.
Akhirnya selesai. Doktor cakap, "kalau pergi ke hospital untuk set temujanji nak operate buat kantung tu, kalau doktor tanya, berapa banyak bisul tu, awak cakap 50cc ea?"
Dan aku kembali ceria. Dah boleh melangkah luas. Tapi sakit masih ada. Sampai sekarang. Aku bertekad, aku mesti buang benda ni. Aku tak sanggup dah nak lalui sakit sebegini rupa lagi di masa akan datang.
Aku kembali ke tempat kerja. Staf semua terkejut melihat perbezaan aku. Mereka tak menyangka, hasil buang nanah beri imoak besar terhadap cara aku jalan. With nanah, aku jalan terkepit2. Without nanah, i'm a free woman! Bebas berjalan, bebas!!!!!
Now, i'm planning on the next week i'm going to nearby hospital to set a date to conduct the operation. May things go well. The way i want. In shaa Allah.
Its 11.29 pm, 13/2/2017..i'm home and well. With a little bit of pain from the abscess.
Hope for a better future with no more stories of abscess anymore.
Oh, before i forget, someone i know, whom my parents also know, want to set her younger brother with me. I dont know him, he dont know me. I guess this is how i will get married. I'm fine with everything. Thats how cool i am. Hehehe.
Until next post.
Bye.
Dear future husband, i'm so curious...."are you a smoker? If not, then i'm so blessed. If yes.....just make sure not to die because of it before me ok. I dont want people i love to die"
Sincerely,
SITI NURAINI MOHD ZULKIPLI
SITI NURAINI MOHD ZULKIPLI
No comments:
Post a Comment