Tuesday, July 18, 2023

mimpi best

long time no seeeeeeeeeeee..

harini aku nak cerita pasal mimpi yang aku rasa sangat best πŸ˜†. mimpinya berlaku sebelum 9.15am tadi, tapi nak malam baru rasa rajin nak menaipπŸ˜„.

so dalam mimpi tu aku tinggal kat kawasan kampung, kampung yang penuh dengan pokok, macam hutan pon ye. pagi hari pertama aku bangun pergi cari breakfast. lepas breakfast, aku pergi reunion dengan kawan2 sekolah aku. siapa mereka? aku tak tau, mungkin dah lupa kot kawan yang mane. aku bukan banyak kawan pon πŸ’

hari kedua aku keluar jalan kaki nak cari breakfast lagi. otw nak cari kedai makan, aku jumpa kawan aku tengah reunion 🀣..yang ni aku ingat siape..sorang dari mereka tu kawan matrik aku name nazihah. nazihah ni kira kawan baik la masa kat matrik dulu, p mana2 bersama gitu. cuma sekarang ni kurang berinteraksi sikit, tapi aku selalu baca status wasap dia, mungkin sebab tu dia muncul dalam mimpi aku. 

kawan2 yang lain yang aku ingat, azira (kawan sekolah rendah & menengah, ma abah kitorang kenal antara satu sama lain, tapi kitorang tak rapat mane pon, kalau jumpe mungkin takde hal nak tegur sapa), Ammar (kawan sekolah menengah, kira baik juga la, dok meja sebelah masa form 5, baru2 ni ade tengok dia up status kat fb, sedang bertarung dengan depression & sebagainya, mungkin sebab ade terfikir pasal dia, boleh termasuk dalam mimpi) & beberapa kawan sekolah menengah yang sekarang ni dah berjaya jadi doktor semuanya πŸ˜ƒπŸ˜ƒ.. 

dalam mimpi tu, mereka semua ada ambil gambar, aku tengok dari jauh saja & mula bermonolog tentang pemakaian mereka. antaranya, "waw, baik2 semua kawan aku ea, semua tudung labuh tutup dada gitu, sorang je pakai tudung tak tutup dada". satu lagi, "semua dah gemuk ea, kecuali sorang" 

lepas dorang ambil gambar, baru aku pergi tegur dorang, salam2. tapi anehnya, azira taknak salam aku. dalam mimpi tu, aku bermonolog lagi, "mungkin dia taknak salam aku sebab aku ade ambil hak dia kot". mak dia pon tak suka aku sebab tu. (ni monolog dalam mimpi tau, in real life, azira ni cikgu it yang berjaya, aku je keje kat pasaraya πŸ˜†πŸ˜†) 

lepas tu aku tengok dorang pergi melawat 1 tempat nama Geo Park. semua ni berlaku dalam kampung tempat aku tinggal tu. in real life, aku tak tau tu kat kat mane. 

then, aku terus berjalan, tapi dari jauh aku tengok ade orang jogging. lelaki, kurus & handsome, aku pon acah2 jogging jugak. (ni mungkin sebab petang semalam aku ade terfikir nak jogging, tapi tak jadi, sebab malas 🀣)

lepas selisih dengan lelaki tu, aku jumpe 2 orang budak (orang asli). sorang dari mereka nak gaduh dengan aku. dia lempar benda ape tah kat aku. aku ambik buluh yang ade kat tepi budak tu, aku pukul dia balik. gaduh punye gaduh, aku menang, so aku meneruskan perjalanan. sampai kat hujung jalan tu, tiba2 aku nampak orang tengah berperang..aku nampak banyaaaaaaak peluru berterbangan..aku pon berundur. 

lepas tu, ade sorang laki bagitau aku, korea selatan tengah berperang dengan korea utara..tempat aku berdiri tu belah korea selatan 🀣🀣🀣..dia kata kalau nak selamat aku kena lari cepat2 (patah balik ikut jalan sama aku pergi ke situ).

yang kelakarnye..dorang berperang seberang jalan je weh..dalam hutan, tapi jarak dekat..

so, aku pon mula berlari..banyak gila peluru yang aku cuba elak..aku berlari & melompat..lompat tu perlu sebab askar sedang meniarap..aku lompat mereka 🀣🀣🀣..n aku tengok peluru yang jatuh depan aku..bukan peluru biasa ye..rupa dia macam peluru berpandu yang biasenya jet2 jatuhkan..

nak lagi kelakar..nama je askar korea selatan..tapi dorang tu askar melayu 🀣🀣..

lari punye lari, akhirnya aku sampai kat satu cerun. aku kena meluncur cerun tu .tiba2......pakaian aku bertukar jadi pakaian PGA 🀣🀣🀣

sedang meluncur tu, ade askar mane tah, lempar bagpack dia kat aku, pastu terjun  depan aku, tapi aku berjaya elak..turun sikit lagi, tiba2 aku terlanggar orang..rupanya dia sepupu aku..name dia zainal, tapi kitorang panggil mat jayna..in real life, rumah dia depan rumah parents aku..

lepas tu, mat jayna tolong aku melarikan diri..

& aku pon tiba2 rasa nak kencing, n berakhirlah mimpi best aku ..kalau x, mesti lagi best kalau ade sambungan ni..hmmmm

ha begitulah ceritanya..dia punya best, sampai ke malam masih boleh ingat tu..

ok byeeeee






Monday, December 12, 2022

sister getting married

Uiiiii long time no see. i have a story. 

my sister, born in 1996, that makes her 26 this year right? i hate math. well i'm 92's baby, so, 30-4, should be 26. ya ya. 

so, let me use malay language now. i'm too lazy to gather my vocabs. this post might be looooong, but depending on my mood, i might get lazy in the middle of writing, and it become short. idk. let's see.

beberapa bulan lepas, aku balik kampung. oleh sebab internet kat kampung memang out. so aku yang jenis tak berapa suka tengok tv, terpaksa dok depan tv, tengokla program ape yang aku rasa boleh tengok. mak aku pon dok kat sebelah. dia cakap, adik aku Eppa, dah ada orang mintak. katanya abah aku serba salah nak bagitau aku, sebab nanti kan jadi langkah bendul ape tu semua. takut aku terasa. aku cepat2 cakap, aku takde masalah pon. kahwin je. nak tunggu aku kahwin dulu, taktau bila.

macam mana eppa & bakal suami dia berkenalan? ceritanya ade sorang makcik dari sebuah kampung dalam pasir mas juga, tanye jiran aku (moksu yah), ade tak sape2 kat kg kitorang yang sesuai dijodohkan dengan anak dia. & moksu yah recommend eppa. 

eppa ni ramai orang suka. sebab dia xkekok bercakap dengan orang sekitar dia. jauh beza dengan aku. aku ada dunia sendiri. jadinya, kat tempat kerja eppa pon ramai yang nak jadikan dia isteri, tapi eppa pon perlu memilih yang elok jugak kan. so kalau ada red flag, eppa elak. 

so, pasal bakal suami dia ni (haris), dia boleh on je sebab kawan baik eppa adalah sepupu haris. dan ma abah aku pon kenal keluarga haris sebab mereka pernah tinggal kat kampung kitorang suatu masa dahulu. rumah lama mereka kat belakang rumah moksu yah. sekarang dah jadi kubur kot tapak rumah dorang tu. 

kau nak tau punca aku terdetik nak menulis harini? sebab 2hari lepas aku tiba2 terfikir, lepas eppa kahwin nanti, aku dah takde rumate yang nak bercerita sampai kitorang tertido bila aku balik kampung nanti dah..biasanya lepas isyak, aku dah relax atas katil pasang lagu, pastu eppa kat sebelah buka cerita pasal orang2 kat tempat kerja dia. aku pon sama. saling bercerita la gitu. sampai la dia tido dulu. 2-3 jam lepas tu baru aku tido biasenya.

sebahagian dari diri aku rasa sedih sangat. sama macam abang aku kahwin tahun 2015 dulu. tapi bila kakak & adik laki aku kahwin, aku relax pulak πŸ˜…. 

jadinya selepas tengok video video orang single yang umur dah lebih 30 tapi masih happy hidup begitu, i then realize, i'm on the right track.

i do questions myself tho, why can't people like me? why i can't like people? 

pastu aku pon sedar, aku tak rasa aku ok dengan orang. something inside of me dont like being with people. 

orang yang kenal aku mesti tau aku ni species awkward sangat. sape je kawan aku? 🀣🀣. sejak sekolah rendah sampai ke sekolah menengah, pergi la mana2, aku sorang je. masuk matrik ade roomate pergi situ sini bersama. baru boleh merasa ade kawan. 

kadang2 dia mari rasa, "i dont want you to hurt me, and i dont want to hurt you". 

agaknya lepas adik aku kahwin, boleh dah kot aku nak mintak dengan manager aku, tukar ke kelantan. senang nak tengok2kan ma abah..

ni la kot fungsi aku yang belum jumpa jodoh lagi πŸ’†

sekian sahaja untuk kali ini..next post maybe after my sister become someone's wife πŸ’ƒ


Saturday, August 6, 2022

05.08.2022-1pm..

it's too embarassing to post a status on whatsapp, because many will read. but it feels not complete not to post it somewhere. so i decide to post it here, coz i know, only some would read. and i'll never know who will read it..

untuk rehat tengahari kemarin, aku bungkus nasi kerabu telur masin+ikan goreng beli kat 1 kedai ni. masa adik tu bungkus aku saja bermonolog, alangkah bestnye kalau adik tu buh extra. tapi aku tak cakap. 

pukul 1 aku keluar rehat kat kedai depan tempat kerja. aku order teh o halia. lepas makan separuh, tibe2 rasa tak boleh teruskan. aku stop, bungkus nasi tu, letak tepi. basuh tangan, duduk balik, main fon. sesungguhnya aku tersangat2 mengantuk + dari 2 hari lepas aku rasa tak sedap badan. rasa sakit mencucuk kat tulang..macam sejuk, macam tak. entahla. 

biasa aku makan nasi, 20minit siap. tapi kemarin xsampai 10minit. 

so, back to main fon. ada masa aku tutup mata, tangan sandar kepala sebab...mengantuk weh, nak masuk stor kedai (tempat budak2 ni rehat) aku tak selesa. so, aku bukak je fon sambil tahan kepala dari jatuh πŸ˜…..kadang2 angkat kepala tengok orang sekeliling. terpandang pulak sorang laki ni tengah makan nasi tapi, sorang perempuan lalu depan dia, dia pandang punggung perempuan tu. aku tengok laki tu, laki tu tengok aku. hmmph..lantak kau lah..lelaki

1.49pm aku p kaunter nak bayar air tu, rm1.50, akak tu cakap ade orang dah bayarkan. waaaaaaaa...murah rezeki orang tu...

yang paling aku tak paham, keluar dari kedai makan tu, tibe2 air mata mengalir..aku macam, aik, apehal..sungguh aku tak paham kenapa perlu keluar air mata dalam keadaan tu..πŸ˜…..

jarak kedai makan ke kedai aku tu berapa langkah je pon..sampai kat kedai aku, terus air mata hilang(ekna sapu)..macam aku tengok tiktok la ni kot..video sedih sikit pon mengalir air mata...

masuk kedai, ade orang maintenance tengah baiki ceiling, solatku tergendala.

hah, tu je nak cerita..ok roger and out..

Monday, January 10, 2022

my mom & her battle with diabetes

hi guys..happy new year..tahun ni 1992 born kids turn 30 ye guys..that includes me..dang

so, here is today's sharing..

lewat bulan 11 tahun 2021, ma masih dalam dalam mood menanam pokok bunga, termasuklah pokok keladi. suatu hari tu, die ronda2 kawasan rumah dan terpijak duri pokok salak..fyi, duri pokok salak ni agak bisa ya guys, kalau kena, memang agak sakit. abah aku dulu terkena duri pokok salak kat belakang badan, abah ade suruh aku korek buang duri tu, tapi tak boleh, last2 kena pergi buang kat hospital. 

berbalik ke kisah ma aku ni, lepas die terpijak duri tu, ma demam. tapi kitorang yang tak duduk sekali ni bajet ma demam biase je. tapi disamping demam, luka tempat terkena duri tu makin merebak dan tak sembuh. abah aku sebagai pesakit kencing manis sejak die berumur 23 tahun mencadangkan ma pergi hospital. katanya, luka tu lain macam je. tapi ma tak suka hospital. pernah die pergi dulu, kena tunggu lama, die tinggal macam tu je. so, ma ambil keputusan untuk ke klinik nik azam tak silap aku. klinik yang ma selalu pergi. 

masa tu, doktor/nurse cek kandungan gula dalam darah, bacaan die, kalau tak 23, 26..kalau tak 26, 29.. aku lupa..normalnya bawah 7 tak silap aku..tinggi gila la tu kandungan gula ma..doktor kat klinik tu suggest ma pergi klinik primer meranti..doktor tu kata doktor kat klinik primer meranti tu pakar sikir bab kencing manis..

bermulalah kisah kat klinik primer meranti..

ma tak bagi adik aku teman dia masuk jumpa doktor mulanya. kami adik beradik risau jugak.sebab ape2 pesanan doktor, kemungkinan ma akan pusing cerita. kami kenal ma kami. jarang die cerita sesuatu benda yang 100% boleh percaya. adik aku nak masuk, kena marah. 

setelah beberapa kali temujanji dengan doktor kat klinik primer, doktor cuba pujuk ma untuk pergi hospital. tapi ditolak. untuk pengetahuan kalian, bukan doktor saja yang suruh ma pergi hospital. abang, kakak & adik lelaki aku yang kat kuantan pon dah berbuih mulut suruh ma pergi hospital, tapi ditolak. ya, aku tak paksa sangat ma pergi hospital, sebab ma dah cakap macam2 pasal abang aku dok paksa die pergi hospital. die tak suka cara paksaan macam aku buat tu. tak paksa pon guys..kami semua nak yang terbaik untuk ma. tapi ma.....hmm..

aku bukan tak suruh ma pergi hospital, aku ade tanye, "ma taknak pergi hospital ke?", ma jawab, "tak nak. takpe, nor tak payah risau pasal duit, ma boleh bayar"..bukan masalah duit ma...hmmm

lepas entah kali ke berapa entah, doktor klinik primer kata, jari ma ade yang dah mati, mesti kena bawak ke hospital, dan akan dipotong. doktor cakap, dari awal lagi sepatutnya kena bawak ke hospital, kemungkinan tak perlu dipotong..tapi.....hmmm..lepas doktor cakap macam tu, adik aku, eppa kata, muka ma aku tak nampak macam menyesal pon..rilek je..

adik laki aku (askar) balik kampung haritu jugak. die pujuk ma sambil menangis2. dia kata, "ma masuk wad, ja akan jaga"..akhirnya ma setuju..

sehari masuk wad husm, doktor pon potong 2 jari kaki ma. lepas tu ma nangis..katanya "ma nk pergi umrah"..ingatkan nak kata die menyesal tak pergi hospital awal2. haissh.

ja cakap, masa ward round pagi tu, doktor ade cakap, "orang yang pergi klinik swasta ni, orang sakit biase je, makcik ni sakit luar biase, kena la datang hospital"..ja kata, ma buat tak tau je..

keesokannya, kami vc..ma nampak lebih bertenaga..bertegur dengan anak cucu semua..

adik aku, ja, jaga ma kat wad hampir seminggu. ade jugak kesah lawak dia..bayangkan ea, anak laki jaga maknye. jiran2 katil sebelah dok perati je adik lelaki aku dok jaga ma.. ade yang siap tanye, adik aku dah kahwin ke belum? ye acik2 semua, die baru je selamat kahwin bulan 10 lepas..aku sendiri pon tak tahu sisi positif adik aku ni..ma cakap, adik aku sapu bedak kat muka lengan, dada ma semua..suap makan..siape tak kagum kan? aku pon kagum ni. aku pon belum tentu boleh buat macam tu kat sesapa pon..

sebagai ma, bile jiran2 katil sebelah dok puji adik aku, seperti biase, ma being usual ma pon berkata, "anak2 kita semua macam ni belaka"..haiyaaaaaa..boleh la ma boleh..

sekarang eppa yang jaga ma kat wad..kakak aku pon ade balik kampung ingat nak ganti eppa, 2-3 malam..sekali tetibe ade kes covid kat wad tu..hmm lemah!

aku pulak plan nak balik minggu depan, turn aku la pulak jaga ma kat wad. tetibe tau pak sedara nak balik jugak. aku tak jadi balik lah. 😌😌

aku cuma harap ma tak degil dah lepas ni..kami semua nak yang terbaik untuk ma..

semoga ma cepat sembuh..aku rindu nak makan masakan ma........

ahhh..sedih ah macam ni..








Sunday, October 31, 2021

kisah balik kampung tak jadi october 2021

hai all..good evening..

now that i feel better, the mood to write is here..so here's the story..

my 26 years old brother plan to get married (akad nikah) after isya' prayer on 29th of october 2021. he married his classmate. he's a soldier, and his, now wife is a police. 

due to the pandemic, i, never once, ever met my now sister in law. i know her face, i know their stories, but i never met her face to face. that's not a problem. i'm just stating the facts.

the real story i want to share here is, my bro, i called him "mekja"..yes, he's a man, but i call him "mekja", because, who cares right? i call my siblings whatever i want. 

sooo..everybody was home for the solemnization, except for me. i need to work until 10pm on that night. but it's no big deal, since, even if i was home, i still can't attend the ceremony. only 6 people are allowed to attend. of course i should not be included πŸ˜….

so my bus trip was scheduled at night, 11pm. the bus was not on time as usual as we never know how the traffic went right? so, the bus finally arrived at 11.55pm. 

i was on the bus, slept on off. quite excited, because i miss my cat..i miss meeting my nieces and nephew..no, i'm not excited about meeting my sister in law..i never got excited meeting any adult πŸ’

it was near 5am, i was at pasir puteh/jerteh when mom called me saying, "nor, ja positif, tak payah balik rumah lah, cari la hotel kat mane2, malam nanti nor kena balik raub semula"

my feeling? dangggg..another trip on the bus going back to hostel..dangggg

i reached tesco bus terminal at 6 near 7am. toilet was calling me since i was at machang. my mind cant do its job well when this "toilet calling" happened. 

finish toilet business, i finally felt well, grab some breakfast and do a bit of thinking. 

at first i was planning to stay at the nearest hotel and go back to raub at night. because i thought there's no day bus trip. after talking to a taxi driver, he recommended me to just hop on the 9am bus. without wasting my mind's energy doing more thinking job, i decided to just get the 9am bus ticket. reached my hostel and get a loooong sleep. 

and before i get the long comfortable sleep. i'll tell you about the bus trip back to raub. i met an old indian couple on the bus. there's an old malay couple too, but i don't talk much with them. instead, the old indian man, i call him uncle, ask for my help with his phone. it was at gua musang. he try to call his son name "Maran". he got some problems using the new smartphone, so he asked for my help. 

after that he became so friendly that he said "sayo ado 6 ore anok, 2 tino, 4 jate, semo nikoh blako doh" "sayo dok mache, ni nok gi kala lupo, anok2 pakat nok kupo situ blako", "anok hok dok melako pon pakat gi kupo situ blako, nok sambut deepavali" "haritu buleh sore cucu, sebab covid ni, cucu buleh jale, lari doh baru buleh jupo" "cucu sayo 14 ore doh" sebenarnye aku tak pernah borak dengan indian kelantan sebelum ni..jadi ade macam wow sikit la..

not long after, he got a call from maxis hotline, and he pass the phone to me..i was like "what am i supposed to say?" (in my mind obviously)..a chinese woman speaking bahasa melayu on the line, asking for comfirmation about...idk..i don't hear well..i just push the decline button, or whatever u call it..the uncle told me, the number keep calling him..and i said, "takde ape kot"..

and i went back to sleep..

i reached raub at 4.30pm-ish. order some food at tapak lepak junior near my hostel saying that i'll pick it up later, i ordered 'nasi ayam gesek+grilled chicken+choc java chip'..went back to my room, take a shower, pray and went back to the restaurant to pick up my food. quite disappointed because i got the worst part of chicken for my "nasi ayam gesek"..bahagian isi nyah..arghh!!! spoil lah!!! and then still continue devouring my lunch+dinner while watching "lawless lawyer episode 6".

my life went back to normal as if nothing happen.

my butt cramp, my neck cramp, my back cramp. my right leg also got some weird feeling. 

all because of me spending too much hours on the bus. huh. 

12am-6am=6hours

9am-4.30pm=7.5hours

total=almost 14hours..

kalah trip pasir mas ke batu pahat..patut laaaa habis 1 badan aku sakit..tua dah aku nyah..

i hope things get better at home..

until next time..

bye

Wednesday, September 1, 2021

home

hai guys..aini zulkipli yang sendu kembali lagi dengan tajuk, "home".

tidak lengkap rasanya bila aku start tanpa bagi salam..eceeeeehh..acah2 bejurus..

assalamualaikum..😁

so, harini aku datang lagi lepas lengkap 2 dos vaksin pfizer. 😁

perjalanan nak dapat vaksin aku ni, takdelah drama mane pon. 

macam ni, 1 jun 2021, start pkp 3.0 kan? aku kat Raub..ber-pkp dengan room mate aku sorang..masa ni, jadual aku, memang kacau bilau habis ah aku cakap. tidor pukul 4-5am bangun dekat zohor. kadang-kadang tidor lepas subuh, bangun dekat zohor jugak 😌. aku bangun, room mate terus bangun. katanya, "tak best bangun sorang". 🀷. lepas bangun, masing2 masak. aku malas masak, cukupla nasi+ayam goreng+budu tempoyak. jarang aku masak kena tumis ape bagai. kalau ade pon, aku masak ayam phad phet je..my favourite! 

rutin tersebut berterusan hingga pertengahan bulan july. room mate aku mula plan nak balik kampung. aku risau jugak nak balik kampung, takut kedai buka, aku payah nak masuk keje. almaklumlah, kete takde. tapi survey punye survey, bas ke machang ade. room mate aku lebih bersungguh nak balik kampung, sebab duit die dah nak kering..aku ok lagi..masa tu jugak kakak aku ajak balik rumah die (kakak aku kawen dengan orang raub). aku pon dok la rumah die 2-3 malam. musim durian time ni. banyak gila durian, aku & kakak aku kena jadikan tempoyak. abang ipar aku bagi upah rm80(3x buat). ikut kelulusan katanya (kitorang dedua degree🀣). hari aku pergi rumah kakak aku ni jugak la, room mate aku balik kampung. 

lepas 2-3malam kat rumah kakak aku tu, aku pon balik hostel. plan nak dok sorang la sampai kedai buka. mak aku pulak berkali2 mesej, bagitau "kalau nor balik kampung awal2 pkp dulu, boleh dok lame dumoh" ..last2 aku ambil keputusan nak balik kampung jugak. ini berlaku selepas hampir seminggu aku dok sorang kat hostel tau. 

so aku pergi balai polis Raub. minta kebenaran nak balik kampung. masa tu 2 hari sebelum raya haji tau. aku pulak jenis tak tengok calender, tak tau pon raya dah esok lusa. aku ingat akak polis tu cakap,  "ni balik sebab nak raya kan? lepas raya nanti mesti datang balik kan?". aku jawab, "tak lah, kedai boleh buka nanti baru saya datang balik." and aku dapat surat rentas negeri. 

kat rumah (pasir mas), masa tu musim buah. ade buah rambutan, langsat, durian, duku & manggis. hampir setiap hari aku makan. aktiviti harian aku pon agak membosankan. cuma bangun tidor awal sikitlah. pukul 9am gitu. pastu rutin aku (3hari sekali) hanyalah siang ikan/ayam. 😌. busuk tangan aku bhai. satu2nya benda produktif yang aku buat adalah, bersihkan peti ais. 

pastu, 15 ogos, kerajaan mula bagi kelonggaran untuk kami mula operasi semula. pung pang pung pang delay/postpone, u name it, 18/8/21, aku pon datang Raub semula..i was so sad..but i need money, so..hmm..

oh, ter-miss pulek. adik aku, eppa dapat vaksin lagi awal dari aku, aku ni dah tak sedap duduk la, ade la 5-6x aku tulis mesej kat helpdesk mysejahtera, nak cepatkan vaksin. tapi tetap tak dapat. one day, buka mysejahtera, bile dapat tarikh appointment, rase macam, "waaaaaahh" gitew. dah la cucuk vaksin kat klinik swasta. tak perlu beratur ber-jam2. 

so tarikh dos 1 aku 8/8/21. dos 2 29/8/21. 

like i said before, aku start keje 18/8/21, so lepas datang Raub 10 hari, aku balik semula pasir mas pada 28/8/21. 

disinilah point sebenar aku rajin menaip malam ni. he he he. 

abah aku kan, dah berkali2 kata kat aku, "abah dah masuk 60an ni, tak lame dahla"..aku buat muke watlek wat cool jelah..tak tau nak react macam mane. dalam hati risau, sedih, macam2. 

abah aku 61 tahun dah tahun ni guys. masih bekerja. tapi ok la, tak berat macam dulu, sebab adik bongsu aku ikot sekali. tolong abah lipat kanvas penutup lori kat belakang tiap kali nak hantar pasir/batu/tanah/tar kat rumah customers. nanti sekolah dah bukak, tak tau la macam mane. aku risau sebab abah ade penyakit kencing manis, darah tinggi. baru2 ni pulak suspek buah pinggang. tapi Alhamdulillah, 17/8/21 lepas aku teman abah pergi cek kat hospital tanah merah, abah takde penyakit tu lagi. aku tengok abah jalan kaki mesti terhincut hincut gitu. kalau batuk pon, bunyi die macam sakit sangat je. walaupun cara jalan dan batuk yang macam tu dah bertahun aku dengar, tapi, tu la. entahla. 

so, 30/8/21, abah hantar aku kat stesen bas. aku terus cakap kat abah, "abah tak payah tunggu la, orang ramai ni", abah macam ok tak ok gitu, tapi, masa tu, mata aku dah beralun, nak nangis. 

lepas naik bas je, aku terus on earphone, dengan lagu. sambil menangis.🀣🀣. die macam ni tau. nangis sekejap, pastu berhenti, pastu sambung balik..sampai kuala krai aku buat macam tu. sebab lepas tu aku tidor. πŸ˜…. aku dok kata kat diri sendiri "aku sedih sebab tinggal miki"..tapi tak nyah..aku pikir pasal abah je terus nangis..

aku pikir, berapa lama lagi masa aku ade untuk jumpe abah aku..ke aku mati dulu? kalau aku mati dulu...adeh..banyak dosa ni weh..

mesti korang pelik kan? kenape abah? bukan ma aku yang aku cerita yang buat aku menangis. entahla. ma korang tak same macam ma aku. ade manisnye, tapi yang pahit banyak lekat dalam hati. payah nak kikis. ha, ni la mungkin salah satu kudis dalam hati aku. aku rasa aku berdosa sebab ade rasa macam ni terhadap ma aku. bertahun aku cuba hilangkan, tapi tetap tak boleh. 

until next time. chiao. (mata bengkak, sebab menaip sambil menangis. aku syak kilang air mata aku besar sangat la). k k..bye

Sunday, June 6, 2021

biawak

hai again yall..Assalamualaikum (juruh sikit bunyi) 

sehat ke tu? dah vaksin belum? kalau tak, kite geng..😌..sis dah register untuk vaksin, anda sudah ke belum? kalau belum, kite bukan geng πŸ’ƒ..

hokay..here i am, again..it's lockdown 3.0, dayyyyy..(when is lockdown 2.0 tho?i can't remember) erm, idk what day..oh, i just look at the calendar..we started on 1st of June, it is 6th of June now..so it's day 6 of lockdown..i'm doing perfectly fine..how about u? good? no? if you're good, then, kite geng..ok enough with geng..

so, tujuan posting ini adalah untuk menceritakan semula cerita yang rumate aku cerite kat aku beberapa malam lepas..pukul 2am.. (banyak penggunaan "cerita" disitu, lantak ah, aku bukan nak jawab exam)

ok..cerita dia absurd sangat sampai aku kena share dekat sini..don worry, aku dah cakap kat tuan punye badan, yang aku nak cerite kat orang lain..die on je..

so, serba sedikit tentang rumate aku ni..die tua 2 tahun dari aku..so, aku 29 tahun, die 31 tahun. kitorang 2 2 single πŸ’ƒπŸ˜Œ..die orang pasir puteh..ada ijazah dari UM kos bachelor of arts (southeast asian studies)..die bangga sangat dengan thesis die yang berkait dengan pornografi, sebab thesis die dapat anugerah thesis terbaik..nak bace thesis die, sila lah ke library UM..aku cakap die bangga dengan thesis die, sebab die ulang banyak kali kat aku pasal kejayaan thesis die tu..sis faham guys..sis pon bangga dengan pencapaian sis berjaya langsaikan hutang ptptn sebanyak 28k beberapa minggu lepas..ok sambung..die pandai memasak..die ade kembar seiras..kembar die pendiam, die bising gila..die tak makan sayur selain bunga kubis & carrot (kot)..oh, name die fairuz (bukan nama sebenar)

beberapa hari aku sampai kat cawangan ni, die dah cerita kat aku..die ade kebolehan untuk detect makhluk paranormal sejak kecil lagi..die boleh nampak & boleh berinteraksi dengan makhluk2 tu..dulu die pernah mimpi, "sesuatu" nak turunkan ilmu kat dia, supaya dia boleh guna kebolehan die tu, untuk jadi perawat..tapi die tolak..kalau die terima, mungkin die kerja kat darussyifa la kot..tapi tak la kan..die kerja dengan aku, partner kerja aku..kerja kat zonria ni ha..kedai jual pakaian πŸ’

so, die cerita kat aku, partner die sebelum ni, nama 'Alia'(bukan nama sebenar)..aku kenal alia ni, sebab pernah kerja sama2 kat cawangan kuala berang..oh, alia orang kuala berang..lepas alia balik semula ke raub lepas selesai urusan abahnya meninggal, fairuz cakap kat alia yang, ade bende folo alia..so masa ni lah tak silap aku yang fairuz tau, alia ada saka..alia sendiri pon ade pernah cerita jugak pasal saka ni kat aku dulu..tapi, aku, biaselah, masuk telinga kanan, tak sempat masuk dalam, die keluar balik ikut telinga kanan jugak..so memory lost

lepas abah alia meninggal, bos barulah bagi peluang kat alia untuk balik ke cawangan kuala berang semula..so, datang pulak partner baru fairuz, nama elis (bukan nama sebenar jugak)..fairuz cerita kat aku, elis ni boleh nampak makhluk2 tu jugak..tapi elis jenis lemah semangat..

kawasan hostel kitorang ni tempat club malam tau..atas bukit..so ade la time2 tu owner club akan sembahyang kat depan kedai masing2..masa ni la elis akan nampak banyak makhluk2 kat tempat sembahyang tu..

so aku tanye la fairuz, "aku ade tak bende2 tu?".. kot la kan ade saka ke..ape2 lah..die cakap takde πŸ’πŸ’†

pastu, aku tanye lagi, "hostel ni ok ke x, ade x makhluk ape2 kat sini?" die cakap takde jugak..but guess what? i dont believe her..why? not because i'd experience something here..but, logically, tengok kat surrounding aku ni, dikelilingi bukit..hmm..macam tempat kesukaan dorang je..

long story short..the 2am punye story ni..

fairuz punye cerita..

masa die umur 25, die ade kat rumah tok die (sekarang dah arwah) kat pasir puteh la ni..die nak mandi, pastu tibe2 die nampak biawak besar kat atas dinding..pastu die macam nak halau la biawak tu kan..tapi bila biawak tu jatuh kat lantai, biawak tu jadi agresif..biawak tu cube gigit fairuz..dorang pon main kejar2 dalam tandas..pastu bile pintu dah terbuka (pada awalnya, pintu tu takleh buka xsilap aku), dorang sambung kejar kat dapur pulak..biawak tu kalah..mati kena pukul kat kepala..

lepas tu, mak sedara fairuz pon ade pergi rumah tok die jugak..fairuz pon bagitau la mak sedara die, pasal biawak tu dah mati kena pukul..mak sedara die cakap "kenapa pukul die, biawak tu dah ade kat situ sejak kecil lagi"..

so, dorang pon biar la biawak tu kat belakang rumah..

malamnya

JENG JENG JENG!!!! 

fairuz bermimpi lagi..ade 7 puteri, berpakaian cantik seperti orang zaman dahulu kala datang kat die, 7 puteri tu berdialog dengn fairuz menggunakan bahasa klasik, contoh la ea, aku lupa ayat yang tepat yang fairuz bagitau kat aku.. "kenapa tuan hamba membunuh tuan puteri?"..fairuz cakap la, die tak sengaja dan terus minta maaf kat 7 puteri tu..

lepas tersedar dari mimpi tu, fairuz takut la jugak, so habis berpeluh..lepas tu die ajak kembar die pergi dekat biawak kat belakang rumah..fairuz pon ambik ranting kayu dan kuis sikit kepala biawak tu sambil minta maaf sekali lagi..

guess what? 

the most nonsense and what i think, ridiculous thing happened...

kepala biawak yang dah kena pukul tu tibe2 elok, biawak tu tibe2 hidup balik dan lari masuk semak kat belakang rumah..

so what i told her was

"masa 7 puteri tu tanye, kenape bunuh die, kenape kau tak tanye die, kenape die agresif sangat?"

"cerite tak logik sangat ni, payah nak percaya" 

"kau berhaulusinasi je ni, tak logik la"

(i laugh so hard to her story guys, she laugh harder)

fairuz cakap, mase tu die umur 25, baru lagi, tak kan nak tipu..kembar die adalah saksi kejadian..oh, aku kenal jugak kembar fairuz ni..die kerja kat cawangan pasir puteh..aku pernah transit kt cawangan tu 2minggu..

i can not brain guys..this is too much..can you brain this? 

sekian