Monday, December 12, 2022

sister getting married

Uiiiii long time no see. i have a story. 

my sister, born in 1996, that makes her 26 this year right? i hate math. well i'm 92's baby, so, 30-4, should be 26. ya ya. 

so, let me use malay language now. i'm too lazy to gather my vocabs. this post might be looooong, but depending on my mood, i might get lazy in the middle of writing, and it become short. idk. let's see.

beberapa bulan lepas, aku balik kampung. oleh sebab internet kat kampung memang out. so aku yang jenis tak berapa suka tengok tv, terpaksa dok depan tv, tengokla program ape yang aku rasa boleh tengok. mak aku pon dok kat sebelah. dia cakap, adik aku Eppa, dah ada orang mintak. katanya abah aku serba salah nak bagitau aku, sebab nanti kan jadi langkah bendul ape tu semua. takut aku terasa. aku cepat2 cakap, aku takde masalah pon. kahwin je. nak tunggu aku kahwin dulu, taktau bila.

macam mana eppa & bakal suami dia berkenalan? ceritanya ade sorang makcik dari sebuah kampung dalam pasir mas juga, tanye jiran aku (moksu yah), ade tak sape2 kat kg kitorang yang sesuai dijodohkan dengan anak dia. & moksu yah recommend eppa. 

eppa ni ramai orang suka. sebab dia xkekok bercakap dengan orang sekitar dia. jauh beza dengan aku. aku ada dunia sendiri. jadinya, kat tempat kerja eppa pon ramai yang nak jadikan dia isteri, tapi eppa pon perlu memilih yang elok jugak kan. so kalau ada red flag, eppa elak. 

so, pasal bakal suami dia ni (haris), dia boleh on je sebab kawan baik eppa adalah sepupu haris. dan ma abah aku pon kenal keluarga haris sebab mereka pernah tinggal kat kampung kitorang suatu masa dahulu. rumah lama mereka kat belakang rumah moksu yah. sekarang dah jadi kubur kot tapak rumah dorang tu. 

kau nak tau punca aku terdetik nak menulis harini? sebab 2hari lepas aku tiba2 terfikir, lepas eppa kahwin nanti, aku dah takde rumate yang nak bercerita sampai kitorang tertido bila aku balik kampung nanti dah..biasanya lepas isyak, aku dah relax atas katil pasang lagu, pastu eppa kat sebelah buka cerita pasal orang2 kat tempat kerja dia. aku pon sama. saling bercerita la gitu. sampai la dia tido dulu. 2-3 jam lepas tu baru aku tido biasenya.

sebahagian dari diri aku rasa sedih sangat. sama macam abang aku kahwin tahun 2015 dulu. tapi bila kakak & adik laki aku kahwin, aku relax pulak 😅. 

jadinya selepas tengok video video orang single yang umur dah lebih 30 tapi masih happy hidup begitu, i then realize, i'm on the right track.

i do questions myself tho, why can't people like me? why i can't like people? 

pastu aku pon sedar, aku tak rasa aku ok dengan orang. something inside of me dont like being with people. 

orang yang kenal aku mesti tau aku ni species awkward sangat. sape je kawan aku? 🤣🤣. sejak sekolah rendah sampai ke sekolah menengah, pergi la mana2, aku sorang je. masuk matrik ade roomate pergi situ sini bersama. baru boleh merasa ade kawan. 

kadang2 dia mari rasa, "i dont want you to hurt me, and i dont want to hurt you". 

agaknya lepas adik aku kahwin, boleh dah kot aku nak mintak dengan manager aku, tukar ke kelantan. senang nak tengok2kan ma abah..

ni la kot fungsi aku yang belum jumpa jodoh lagi 💆

sekian sahaja untuk kali ini..next post maybe after my sister become someone's wife 💃


Saturday, August 6, 2022

05.08.2022-1pm..

it's too embarassing to post a status on whatsapp, because many will read. but it feels not complete not to post it somewhere. so i decide to post it here, coz i know, only some would read. and i'll never know who will read it..

untuk rehat tengahari kemarin, aku bungkus nasi kerabu telur masin+ikan goreng beli kat 1 kedai ni. masa adik tu bungkus aku saja bermonolog, alangkah bestnye kalau adik tu buh extra. tapi aku tak cakap. 

pukul 1 aku keluar rehat kat kedai depan tempat kerja. aku order teh o halia. lepas makan separuh, tibe2 rasa tak boleh teruskan. aku stop, bungkus nasi tu, letak tepi. basuh tangan, duduk balik, main fon. sesungguhnya aku tersangat2 mengantuk + dari 2 hari lepas aku rasa tak sedap badan. rasa sakit mencucuk kat tulang..macam sejuk, macam tak. entahla. 

biasa aku makan nasi, 20minit siap. tapi kemarin xsampai 10minit. 

so, back to main fon. ada masa aku tutup mata, tangan sandar kepala sebab...mengantuk weh, nak masuk stor kedai (tempat budak2 ni rehat) aku tak selesa. so, aku bukak je fon sambil tahan kepala dari jatuh 😅..kadang2 angkat kepala tengok orang sekeliling. terpandang pulak sorang laki ni tengah makan nasi tapi, sorang perempuan lalu depan dia, dia pandang punggung perempuan tu. aku tengok laki tu, laki tu tengok aku. hmmph..lantak kau lah..lelaki

1.49pm aku p kaunter nak bayar air tu, rm1.50, akak tu cakap ade orang dah bayarkan. waaaaaaaa...murah rezeki orang tu...

yang paling aku tak paham, keluar dari kedai makan tu, tibe2 air mata mengalir..aku macam, aik, apehal..sungguh aku tak paham kenapa perlu keluar air mata dalam keadaan tu..😅..

jarak kedai makan ke kedai aku tu berapa langkah je pon..sampai kat kedai aku, terus air mata hilang(ekna sapu)..macam aku tengok tiktok la ni kot..video sedih sikit pon mengalir air mata...

masuk kedai, ade orang maintenance tengah baiki ceiling, solatku tergendala.

hah, tu je nak cerita..ok roger and out..

Monday, January 10, 2022

my mom & her battle with diabetes

hi guys..happy new year..tahun ni 1992 born kids turn 30 ye guys..that includes me..dang

so, here is today's sharing..

lewat bulan 11 tahun 2021, ma masih dalam dalam mood menanam pokok bunga, termasuklah pokok keladi. suatu hari tu, die ronda2 kawasan rumah dan terpijak duri pokok salak..fyi, duri pokok salak ni agak bisa ya guys, kalau kena, memang agak sakit. abah aku dulu terkena duri pokok salak kat belakang badan, abah ade suruh aku korek buang duri tu, tapi tak boleh, last2 kena pergi buang kat hospital. 

berbalik ke kisah ma aku ni, lepas die terpijak duri tu, ma demam. tapi kitorang yang tak duduk sekali ni bajet ma demam biase je. tapi disamping demam, luka tempat terkena duri tu makin merebak dan tak sembuh. abah aku sebagai pesakit kencing manis sejak die berumur 23 tahun mencadangkan ma pergi hospital. katanya, luka tu lain macam je. tapi ma tak suka hospital. pernah die pergi dulu, kena tunggu lama, die tinggal macam tu je. so, ma ambil keputusan untuk ke klinik nik azam tak silap aku. klinik yang ma selalu pergi. 

masa tu, doktor/nurse cek kandungan gula dalam darah, bacaan die, kalau tak 23, 26..kalau tak 26, 29.. aku lupa..normalnya bawah 7 tak silap aku..tinggi gila la tu kandungan gula ma..doktor kat klinik tu suggest ma pergi klinik primer meranti..doktor tu kata doktor kat klinik primer meranti tu pakar sikir bab kencing manis..

bermulalah kisah kat klinik primer meranti..

ma tak bagi adik aku teman dia masuk jumpa doktor mulanya. kami adik beradik risau jugak.sebab ape2 pesanan doktor, kemungkinan ma akan pusing cerita. kami kenal ma kami. jarang die cerita sesuatu benda yang 100% boleh percaya. adik aku nak masuk, kena marah. 

setelah beberapa kali temujanji dengan doktor kat klinik primer, doktor cuba pujuk ma untuk pergi hospital. tapi ditolak. untuk pengetahuan kalian, bukan doktor saja yang suruh ma pergi hospital. abang, kakak & adik lelaki aku yang kat kuantan pon dah berbuih mulut suruh ma pergi hospital, tapi ditolak. ya, aku tak paksa sangat ma pergi hospital, sebab ma dah cakap macam2 pasal abang aku dok paksa die pergi hospital. die tak suka cara paksaan macam aku buat tu. tak paksa pon guys..kami semua nak yang terbaik untuk ma. tapi ma.....hmm..

aku bukan tak suruh ma pergi hospital, aku ade tanye, "ma taknak pergi hospital ke?", ma jawab, "tak nak. takpe, nor tak payah risau pasal duit, ma boleh bayar"..bukan masalah duit ma...hmmm

lepas entah kali ke berapa entah, doktor klinik primer kata, jari ma ade yang dah mati, mesti kena bawak ke hospital, dan akan dipotong. doktor cakap, dari awal lagi sepatutnya kena bawak ke hospital, kemungkinan tak perlu dipotong..tapi.....hmmm..lepas doktor cakap macam tu, adik aku, eppa kata, muka ma aku tak nampak macam menyesal pon..rilek je..

adik laki aku (askar) balik kampung haritu jugak. die pujuk ma sambil menangis2. dia kata, "ma masuk wad, ja akan jaga"..akhirnya ma setuju..

sehari masuk wad husm, doktor pon potong 2 jari kaki ma. lepas tu ma nangis..katanya "ma nk pergi umrah"..ingatkan nak kata die menyesal tak pergi hospital awal2. haissh.

ja cakap, masa ward round pagi tu, doktor ade cakap, "orang yang pergi klinik swasta ni, orang sakit biase je, makcik ni sakit luar biase, kena la datang hospital"..ja kata, ma buat tak tau je..

keesokannya, kami vc..ma nampak lebih bertenaga..bertegur dengan anak cucu semua..

adik aku, ja, jaga ma kat wad hampir seminggu. ade jugak kesah lawak dia..bayangkan ea, anak laki jaga maknye. jiran2 katil sebelah dok perati je adik lelaki aku dok jaga ma.. ade yang siap tanye, adik aku dah kahwin ke belum? ye acik2 semua, die baru je selamat kahwin bulan 10 lepas..aku sendiri pon tak tahu sisi positif adik aku ni..ma cakap, adik aku sapu bedak kat muka lengan, dada ma semua..suap makan..siape tak kagum kan? aku pon kagum ni. aku pon belum tentu boleh buat macam tu kat sesapa pon..

sebagai ma, bile jiran2 katil sebelah dok puji adik aku, seperti biase, ma being usual ma pon berkata, "anak2 kita semua macam ni belaka"..haiyaaaaaa..boleh la ma boleh..

sekarang eppa yang jaga ma kat wad..kakak aku pon ade balik kampung ingat nak ganti eppa, 2-3 malam..sekali tetibe ade kes covid kat wad tu..hmm lemah!

aku pulak plan nak balik minggu depan, turn aku la pulak jaga ma kat wad. tetibe tau pak sedara nak balik jugak. aku tak jadi balik lah. 😌😌

aku cuma harap ma tak degil dah lepas ni..kami semua nak yang terbaik untuk ma..

semoga ma cepat sembuh..aku rindu nak makan masakan ma........

ahhh..sedih ah macam ni..